30/08/17

Malaysia Gagal Buru Ibu Pingat Emas

Malaysia Gagal Buru Ibu Pingat Emas setelah kalah kepada Thailand 0-1 dalam perlawanan akhir acara bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Stadium Shah Alam.


Malaysia Gagal Buru Ibu Pingat Emas
Final Malaysia vs Thailand Sukan SEA 2017

Malaysia Gagal Buru Ibu Pingat Emas


Hasrat Malaysia untuk menggenggam ibu segala pingat emas terlerai apabila kalah kepada juara bertahan Thailand 0-1 malam tadi di Stadium Shah Alam dalam acara bola sepak lelaki Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Walaupun pasukan bimbingan Datuk Ong Kim Swee menguasai perlawanan dan mempamirkan semangat juang yang tinggi,  namun belum cukup untuk menewaskan skuad Gajah Perang.

Gol tunggal Thailand diperolehi menerusi kesilapan penjaga gol Malaysia pada minit ke-28 apabila bola tumbukannya termasuk ke gawang sendiri.

Gol ini hasil sepakan sudut yang ditendang oleh Sasalak Haiprakhon ke pintu gawang pasukan Malaysia.

Kejayaan ini menyaksikan Thailand dapat mempertahankan pingat emas tiga kali berturut-turut bermula 2013.

Malaysia kempunan pingat emas acara bola sepak sukan SEA Kuala Lumpur 2017.


0 ulasan:

Catat Ulasan