www.terjahbola.blogspot.my

Terjah bola merupakan blog berkaitan bola sepak, skil bola, teknik bola, strategi bola, taktikal bola, taktik bola, sepak bola, pemain bola, pasukan bola sepak, sepak bola dan apa saja berkaitan bola. Layari di www.terjahbola.blogspot.my

www.terjahbola.blogspot.my

Terjah bola merupakan blog berkaitan bola sepak, skil bola, teknik bola, strategi bola, taktikal bola, taktik bola, sepak bola, pemain bola, pasukan bola sepak, sepak bola dan apa saja berkaitan bola. Layari di www.terjahbola.blogspot.my

www.terjahbola.blogspot.my

Terjah bola merupakan blog berkaitan bola sepak, skil bola, teknik bola, strategi bola, taktikal bola, taktik bola, sepak bola, pemain bola, pasukan bola sepak, sepak bola dan apa saja berkaitan bola. Layari di www.terjahbola.blogspot.my

www.terjahbola.blogspot.my

Terjah bola merupakan blog berkaitan bola sepak, skil bola, teknik bola, strategi bola, taktikal bola, taktik bola, sepak bola, pemain bola, pasukan bola sepak, sepak bola dan apa saja berkaitan bola. Layari di www.terjahbola.blogspot.my

www.terjahbola.blogspot.my

Terjah bola merupakan blog berkaitan bola sepak, skil bola, teknik bola, strategi bola, taktikal bola, taktik bola, sepak bola, pemain bola, pasukan bola sepak, sepak bola dan apa saja berkaitan bola. Layari di www.terjahbola.blogspot.my

12/11/17

Kelayakan Piala Asia 2019 - Keputusan Korea Utara vs Malaysia

Kelayakan Piala Asia 2019 - Keputusan Korea Utara vs Malaysia. Skuad Harimau Malaya akan bertemu kembali dengan Korea Utara untuk aksi Kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium I-Mobile, Buriram, Thailand.


Kelayakan Piala Asia 2019 - Keputusan Korea Utara vs Malaysia
Kelayakan Piala Asia 2019 - Korea Utara vs Malaysia


Kelayakan Piala Asia 2019 - Keputusan Korea Utara vs Malaysia


13 November 2017 (Isnin)

Korea Utara ( 4 ) vs ( 1 ) Malaysia
Lokasi: Stadium I-Mobile, Buriram, Thailand
Masa: 8 malam
Penjaring gol:
- Kim Yu-Song (K.Utara) - minit ke-15, 20, 44.
- Pak Kwang Ryong (K.Utara) - minit ke-79.
- Safawi Rasid (MAS) - minit ke-85.

P/S - Keputusan akan dikemas kini sehingga perlawanan tamat.

Malaysia akan bermain sekali lagi pada 13 November 2017 untuk aksi timbul'balik kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium I-Mobile, Buriram, Thailand.



Peluang Malaysia untuk layak ke Piala Asia (AFC CUP 2019) semakin tertutup rapat dan perlu menang ke atas Korea Utara dan Lebonan.

Mengikut keadaan skuad Harimau Malaya ketika ini, peluang agar sukar namun begitu sisa-sisa perjuangan skuad negara belum berakhir.

Hanya keajaiban boleh menyelamatkan skuad bola sepak Malaysia. Korea Utara sudah pasti akan mempertahankan kelebihan mereka untuk bertemu Malaysia sekali lagi.

Korea Utara antara yang terkuat dalam kumpulan B selain Lebonan. Mereka memerlukan kemenangan untuk layak ke AFC Cup 2019 yang akan berlangsung di Emiriah Arab Bersatu.

Jangan lupa ikuti Kelayakan Piala Asia 2019 - Keputusan Korea Utara vs Malaysia untuk mengetahui keputusan terkini terus kepada anda. 

Moga ada tuah untuk Malaysia mengalahkan Korea Utara. 

10/11/17

Kelayakan Piala Asia 2019: Keputusan Malaysia vs Korea Utara

Kelayakan Piala Asia 2019: Keputusan Malaysia vs Korea Utara - Malam ini adalah penentu skuad bola sepak Malaysia untuk meraih kemenangan ke atas Korea Utara di Stadium I-Mobile, Buriram, Thailand bagi mencerahkan peluang ke pusingan akhir Piala Asia 2019 di Emiriyah Arab Bersatu.


Kelayakan Piala Asia 2019: Keputusan Malaysia vs Korea Utara
Kelayakan Piala Asia 2019 - Malaysia vs Korea Utara

Kelayakan Piala Asia 2019: Malaysia vs Korea Utara


Malaysia ( 1 ) vs ( 4 ) Korea Utara
Tarikh: 10 November 2017
Lokasi: Malaysia (Tuan Rumah)
Stadium I-Mobile, Buriram, Thailand.
Masa: 9 malam
Penjaring gol:
- Pak Kwang-ryong (K.Utara) - minit ke-12
- Kim Yu-song (K.Utara) - minit ke-42
- Kim Yong (K.Utara) - minit ke-48
- Jong Il-Gwang (K.Utara) - minit ke-59
- Safawi Rashid (MAS) - minit ke-63

P/S - Keputusan akan dikemas kini dari masa kesemasa sehingga pelawanan tamat.

Peluang Malaysia jika dikira atas kertas masih belum tertutup memandangkan masih ada satu slot untuk direbut bersama Korea Utara dan Hong Kong dengan syarat Malaysia wajib menang perlawanan ketika menentang Korea Utara malam ini.

Pasukan yang sudah mengesahkan satu lagi slot adalah Lebanon.


Peluang Malaysia Masih Terbuka

Ketua pengendali skuad bola sepak Malaysia Nelo Vingada menemui ramuan terbaik untuk meraih kemenangan ke atas Korea Utara jika anak buahnya mengikut setiap arahan yang diberikan dan bermain lebih daripada 100% semangat ingin menang.

Skuad Malaysia lebih jitu dengan kehadiran beberapa pemain Johor Darul Takzim yang sebelum ini tidak dapat mewakili seperti Afiq Fazail, Fadzly Mazlan, S.Kunanlan dan Azrif.

Walau bagaimanapun, pengendali Korea Utara Jorn Andersen bersifat merendah diri apabila ditanya tentang peluang Korea Utara malam ini.


Peluang Korea Utara


Jelas beliau, skuad Harimau Malaya memiliki kelebihan kerena tidak perlu menyesuaikan diri dengan cuaca tropika di Thailand disebabkan keadaan cuaca sama seperti di negara Malaysia.

Penjaga gol Malaysia, Hafizul Hakum Khairul sudah bersedia mengalas tugas berat utuk mempertahankan gawang gol agar tidak dibolosi.

Walaupun peluang untuk menang nampak sukar tetapi bukan mustahil utuk Harimau Malaya membenam skuad Korea Utara malam ini.

Jangan lupa ikuti Perlawanan Kelayakan Piala Asia 2019: Malaysia vs Korea Utara

Jom sama-sama kita beri sokongan kepada skuad bola sepak Malaysia beraksi dengan mendoakan kemenangan kepada skuad Harimau Malaya ketika beraksi menentang Korea Utara di Thailand malam ini.

Malaysia akan bertemu sekali lagi dengan Korea Utara pada 13 November 2017 di Stadium yang sama.

5/11/17

JDT Juara Piala Malaysia 2017

JDT Juara Piala Malaysia 2017 setelah menundukkan pasukan Kedah 2-0 di Stadium Shah Alam malam tadi.


JDT Juara Piala Malaysia 2017
JDT Juara Piala Malaysia 2017


JDT Juara Piala Malaysia 2017


JDT ( 2 ) vs ( 0 ) Kedah
Lokasi: Stadium Shah Alam
Masa: 9 malam
Jumlah Penonton: 80,000
Penjaring gol:
- Aidil Zafuan Razak  (JDT) - minit ke-2
- Gonzalo Cabrera (JDT) - minit ke-62

Musim gemilang buat pasukan Johor Darul Takzim (JDT) apabila berjaya merangkul trofi Piala Malaysia 2017 dengan penuh bergaya mengalahkan Kedah 2-0 di Stadium Shah Alam.

Bukan itu saja, JDT juga telah dinobat sebagai Juara Liga Super selama empat musim berturut-turut.

Separuh Masa Pertama


Pemain pertahanan JDT, Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak membuka tirai jaringan pada minit ke-2 hasil sepakan sudut ketua pasukan Safiq Rahim.

Skuad kendalian Ulisses Morais hampir menambahkan gol melalui Gabriel Guerra tetapi percubaan tepat beliau ditepis oleh penjaga gol Kedah Mohd Ifwat Akmal.

Keputusan kekal 1-0 untuk aksi separuh masa pertama walaupun Kedah berusaha keras untuk memburu gol penyamaan.

Separuh Masa Kedua


Bersambung separuh masa kedua, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan. 

Pasukan bimbingan Mohd Nidzam Adzha Yusoff hampir berjaya memperolehi gol penyamaan oleh ketua pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar namun terkena palang gol yang sedikit terkena tangan penjaga gawang JDT Idzham Tarmizi pada minit ke-55.

Skuad Kedah yang tertekan dengan ketinggalan satu gol terus bernasib malang apabila JDT menambah lagi satu gol.

Gonzalo Cabrera menambah duka pasukan Kedah apabila meledak gol kedua pasukannya pada minit ke-62 yang bijak dihantar oleh Hazwan Bakri.

Keputusan kekal 2-0 sehingga tamat perlawanan. 

Tahun 2017 merupakan tahun gemilang buat pasukan selatan tanahair yang muncul sebagai  JDT Juara Piala Malaysia 2017 dengan merangkul tropi kemegahan.

Hari ini hari Ahad, Johor diistihar sebagai cuti khas peristiwa oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani sebagai menjunjung titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang diumumkan lebih awal sebelum Final Piala Malaysia 2017 JDT vs Kedah.

Tahniah untuk pasukan JDT...

3/11/17

Final Piala Malaysia JDT vs Kedah 4 November 2017

Final Piala Malaysia JDT vs Kedah 4 November 2017 di Stadium Shah Alam bermula jam 9 malam. Satu perlawanan akhir yang dinanti-nantikan oleh peminat di seluruh Malaysia.


Final Piala Malaysia JDT vs Kedah 4 November 2017
Final Piala Malaysia JDT vs Kedah

Final Piala Malaysia JDT vs Kedah 4 November 2017


JDT ( 2 ) vs ( 0 ) Kedah
Lokasi: Stadium Shah Alam, Selangor.
Masa: 9 malam
Penjaring Gol:
- Aidil Zafuan Razak (JDT) - minit ke-2
- Gonzalo Cabrera (JDT) - minit ke-62

P/S - Keputusan akan dikemas kini dari masa kesemasa hingga tamat perlawanan.

Malam 4 November merupakan aksi Final Piala Malaysia 2017 diantara JDT bertemu Kedah.

Kedah merupakan penyandang juara Piala Malaysia 2016 akan beraksi menentang Juara Liga Super 2017.

Perlawanan final Piala Malaysia 2017 pasti perlawanan yang menarik dan penuh mendebarkan.

Sudah pasti pemain import kedua-dua pasukan akan menjadi sandara untuk mencapai kemenangan dan kejuaraan Piala Malaysia pada tahun ini.


JDT Idam Piala Malaysia 2017


JDT ditabal sebagai juara Liga Super tiga kali berturut-turut semenjak tahun 2015. Mereka (JDT) belum pernah menjuarai Piala Malaysia. oleh itu JDT mengharapkan tahun 2017 ada sejarah buat pasukan mereka.

JDT memiliki penyerang berbisa seperti Muhammad Ghaddar, Safiq Rahim, Gabriel Guerra dan Gonzalo Cabrera adalah watak utama untuk mendapatkan gol kemenangan. 

Memiliki kualiti tersendiri dan berbisa bila di depan gol pihak lawan.


Kedah Pertahankan Piala Malaysia


Sementara itu Kedah akan memastikan Piala Malaysia terus kekal di bumi Kedah lagi.

Kedah mengharapkan penyerang hebat mereka seperti Ken Ilso Larsen, Krasniqi, Badrol Bakhtiar dan Sandro Da Silva untuk merobek jaring gol lawan mereka JDT.

Pasukan manakah akan menjuarai Final Piala Malaysia JDT vs Kedah 4 November 2017 dapat peminat Malaysia saksikan dalam aksi Piala Malaysia edisi 2017 di StadiumvShah Alsm atau menerusi kaca TV anda, yakni TV3.

Selamat berjuang buat semua pemain kedua-dua pasukan JDT dan Kedah.



28/10/17

KeputusanTerkini Liga Super Malaysia 28 Oktober 2017

Perlawanan malam ini adalah penentu empat pasukan terbawah untuk kekal dalam Liga Super tahun hadapan. Empat pasukan tersebut adalah Kelantan, Sarawak, T-Team dan Pulau Pinang.

Ikuti Keputusan Terkini Liga Super Malaysia 28 Oktober 2017 untuk mengetahui pasukan manakah yang kekal dalam Liga Super 2018?


KeputusanTerkini Liga Super Malaysia 28 Oktober 2017
Liga Super Malaysia 2017


Keputusa Terkini Liga Super Malaysia 28 Oktober 2017

28 Oktober 2017 (Sabtu)

Kedah ( 0 ) vs ( 0 ) JDT
Lokasi: Stadium Darul Aman, Alor Star, Kedah.
Masa: 9 malam

Melaka United ( 1 ) vs ( 3 ) Kelantan
Lokasi: Stadium Hang Jebat, Melaka
Masa: 9 malam

PKNS FC ( 2 ) vs ( 4 ) Felda United
Lokasi: Stadium Shah Alam, Selangor
Masa: 9 malam

Pulau Pinang ( 1 ) vs ( 3 ) Selangor
Lokasi: Stadium Negeri, Batu Kawan, Pulau Pinang.
Masa: 9 malam

Pahang ( 1 ) vs ( 1 ) Perak
Lokasi: Stadium Darul Makmur
Masa: 9 malam

Sarawak ( 0 ) vs ( 0 ) T-Team
Lokasi: Stadium Negeri, Kuching, Sarawak.
Masa: 9 malam

Misi hidup mati empat pasukan terbawah kecuali Pulau Pinang yang telah terkeluar daripada persaingan untuk kekal dalam Liga Super pada tahun 2018.

Dapatkah pasukan tersebut membenam pasukan lawan masing-masing? Dapatkan Keputusan Terkini Liga Super Malaysia 28 Oktober 2017.

Kelantan wajib menang keatas Melaka United dan mengharapkan T-Team kalah kepada Sarawak.

Selamat berjaya buat semua pasukan. Perlawanan terakhir Liga Super 2017. Pasti ada berlaku keputusan upset dalam perlawanan malam ini.


20/10/17

Live Streaming Keputusan Terkini Separuh Akhir Kedua Piala Malaysia 21 Oktober 2017

Ikuti Live Streaming Keputusan Terkini Separuh Akhir Kedua Piala Malaysia 21 Oktober 2017. Perlawanan ini diantara JDT melawan Perak dan Kedah menentang Felda United.


Live Streaming Keputusan Terkini Piala Malaysia 21 Oktober 2027
Piala Malaysia 2017 - Separuh Akhir Kedua

Live Streaming Keputusan Terkini Separuh Akhir Kedua Piala Malaysia 21 Oktober 2017



JDT  ( 1 )( 3 ) vs ( 0 )( 1 ) Perak
Live Streaming di TV3
Lokasi: Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunus, Larkin, Johor.
Masa: 8.30 malam
Agregat: JDT ( 4 ) vs ( 1 ) Perak
Penjaring Gol:
- Gonzalo Cabrera (JDT) - minit ke-57,80.
- Gabriel Guerra JDT) - mini ke-75.

Kedah ( 1 )( 2 ) vs ( 0 )( 1 ) Felda United
Live Streaming di TV9
Lokasi: Stadium Darul Aman, Alor Star, Kedah.
Masa: 8.30 malam
Agregat: Kedah ( 2 ) vs ( 0 ) Felda United
Penjaring Gol:
- Sandro (KED) - minit ke-71, 85

# Nota:
- Warna merah dalam kurungan adalah keputusan separuh akhir pertama.

- Warna biru adalah keputusan terkini.

- Keputusan akan dikemas kini dari semasa kesemasa hingga perlawanan tamat.

Perlawanan separuh akhir pertama pada Ahad lepas 15 Oktobet 2017, kita dapat saksikan aksi Perak vs JDT dan Felda United vs Kedah dengan keputusan seri 1-1.

Pada kali ini adalah misi wajib menang atau hidup mati untuk keempat-empat pasukan. 

Dapatkah JDT, Kedah, Perak dan Felda United menempah slot ke final Piala Malaysia boleh kita dapatkan secara Live Streaming Keputusan Terkini Separuh Akhir Kedua Piala Malaysia 21 Oktober 2017

Di atas kertas, peluang JDT dan Kedah berpeluang untuk menang dengan kelebihan dapat gol di tempat lawan. 

Namun begitu, jangan pandang ringan dengan kebangkitan Felda United dan Perak ketika sksi separuh akhir pertama jika tidak diambil perhatian boleh mengundang padah untuk JDT dan Kedah.

Peminat keempat-empat pasukan pastinya sudah bersedia dan begitu ghairah untuk menyaksikan perlawanan hidup mati pasukan kesayangan mereka beraksi.

Selamat berjaya untuk keempat-empat pasukan JDT, Perak, Kedah dan Felda United.

16/10/17

Keputusan Penuh Separuh Akhir Pertama 15 Oktober 2017

Keputusan Penuh Separuh Akhir Pertama 15 Oktober 2017 - Keputusan aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia 2017 telah diketahui dengan keputusan seri keempat-empat pasukan. Peluang JDT, Perak, Felda United dan Kedah masih terbuka luas untuk menempah slot ke final.


Keputusan Penuh Separuh Akhir Pettama Piala Mslaysia 15 Oktober 2017
Piala Malaysia 2017


Keputusan Penuh Separuh Akhir Pertama 15 Oktober 2017


Perak ( 1 ) vs ( 1 ) JDT
Tempat: Stadium Perak, Ipoh.
Masa: 9 malam
Penjaring gol:
- Hasbullah Abu Bakar (Perak)(OG)  - minit ke-18.
- Mohammed Ghaddar (JDT) - minit ke 68.

Felda United ( 1 ) vs ( 1 ) Kedah
Tempat: Stadium Tun Abdul Razak
Masa: 9 malam
Penjaring gol: 
- Sandro Da Silva (Kedah)  - minit ke-60
- Mohd Hadin Azman (Felda) - minit ke-87

Keputusa seri 1-1 memberi kelebihan kepada pasukan yang bermain di tempat lawan iaitu JDT dan Kedah.

Namun begitu ia bukan bermakna peluang Perak dan Felda United berakhir.

Semua pasukan masih berpeluang terbuka luas untuk ke final untuk aksi separuh akhir kedua yang dijadualkan berlangsung pada 21 Oktober depan.

Pasukan manakah yang berjaya ke Final Piala Malaysia akan ditentukan pada aksi separuh akhir kedua nanti?

Dapatkah Kedah, Felda United, Perak dsan JDT ke final Piala Malaysia 2017?


28/09/17

Live Streaming Felda United vs JDT Liga Super 28.9.17

Live Streaming Felda United vs JDT Liga Super 28.9.17 - Malam ini satu saja perlawanan berlangsung melibatkan pertemuan Felda United menentang JDT di Stadium Shah Alam, Selangor.


Live Streaming Felda United vs JDT Liga Super 28.9.17
Felda United vs JDT Liga Super 2017

Live Streaming Felda United vs JDT Liga Super 28.9.17


Felda United ( 3 ) vs ( 2 ) JDT

Lokasi: Stadium Shah Alam
Penjaring Gol -
- Thiago Agusto (Felda) - minit ke-27, 63
- Junior Eldstal (JDT) - minit ke-39
- Ifedayo (Felda) - minit ke-45
- Gonzalo Cabrera (JDT) - minit ke-56

P/S - Keputusan akan dikemas kini dari masa ke semasa hingga tamat perlawanan.

Perlawanan antara Felda United vs JDT yang sepatutnya berlangsung di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Pahang ditukar ke Stadium Shah Alam oleh FMLLP atas sebab-sebab tertentu.

Walau bagaimanapun tidak sedikit pun menjejaskan persiapan kedu-dua pasukan dan tidak mudah hilang fokus terhadap pemain.

Malahan semakin selesa dengan keadaan padang yang cantik dan sempurna.

Ini sudah tentu perlawanan yang sukar buat Felda United untuk berdepan Juara Liga Super 2017 Johor Darul Takzim (JDT).

Jangan lupa saksikan Live Streaming Felda United vs JDT Liga Super 28.9.17.

Selamat berjaya buat kedua-dua pasukan.

27/09/17

Live Streaming Liga Super 27 September 2017

Live Streaming Liga Super 27 September 2017 - Malam ini berlangsungnya perlawan Liga Super 2017 untuk baki dua perlawanan lagi yang akan menentukan empat pasukan terbawah untuk kekal dalam Liga Super tahun depan.


Live Streaming Liga Super 27 September 2017
Liga Super 2017


Live Streaming Liga Super 27 September 2017

Keputusan Terkini

Kelantan ( 0 ) vs ( 0 ) PKNS FC 
- Channel Live Streaming
- TV3 Live Streaming
Lokasi: Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

Melaka United ( 2 ) vs ( 1 ) Selangor - Channel Live Streaming
- TV9 Live Streaming
Lokasi: Stadium Hang Jebat, Melaka.

T-Team ( 0 ) vs ( 1 ) Pahang
Lokasi: Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu.

Perak ( 1 ) vs ( 0 ) Pulau Pinang
Lokasi: Stadium Perak, Ipoh.

Sarawak ( 4 ) vs ( 2 ) Kedah
Lokasi: Stadium Negeri, Kuching.

Felda United ( 0 ) vs ( 0 ) JDT - 28 September 2017
Lokasi: Stadium Tun Abdul Razak, Jengka.

P/S - Semua perlawanan bermula jam 9 malam kecuali Sarawak vs Kedah bermula 8.15 malam.

Malam ini perlawanan hidup mati empat pasukan terbawah Liga Super 2017 iaitu Kelantan, Sarawak, Pulau Pinang dan Melaka United.

Mereka tiada pilihan kecuali wajib menang ke atas pasukan lawan masing-masing.

Kelantan menjadi tuan rumah untuk bertemu PKNS FC. Melaka United vs Selangor, Sarawak vs Kedah dan Pulau Pinang bertandang ke Perak.

Empat pasukan tidak boleh mengharap ihsan pasukan lain untuk kekal dalam Liga Super 2018.

Kemenangan amat penting bagi mengelakkan pasukan terjeruus ke Liga Premier musim depan.

Kita dapat saksikan perlawanan yang menarik malam ini. Enam perlawanan yang akan berlangsung bermula pukul 9 malam

Jangan lupa ikuti Live Streaming Liga Super 27 September 2017 untuk mengetahui keputusan terkini.

Keputusan akan dikemas kini hingga tamat perlawanan.

23/09/17

Live Streaming Suku Akhir Kedua Piala Malaysia 24 September 2017

Live Streaming Suka Akhir Kedua Piala Malaysia 24 September 2017 - Malam ini adalah penentu pasukan mana layak ke peringkat Separuh Akhir Piala Malaysia 2017?


Live Streaming Suku Akhir Kedua Piala Malaysia 24 September 2017
Suku Akhir Kedua Piala Malaysia 2017

Live Streaming Suku Akhir Kedua Piala Malaysia 24 September 2017


Keputusan Terkini (24 Sept 2017)

Perak ( 1 )( 4 ) vs ( 0 )( 3 ) Pahang
Lokasi: Stadium Perak,  Ipoh.
Agregat: 5-3

JDT ( 4 )( 1 ) vs ( 1 )( 1 ) Melaka United
Lokasi: Stadium Tan Sri Dato Hassan Yunos,  Larkin.
Agregat: 5-2

Kedah ( 3 )( 1 ) vs ( 0 )( 2 ) Selangor
Lokasi: Stadium Darul Makmur.
Agregat: 4-2

PKNP FC ( 3 )( 1 ) vs ( 4 )( 1 ) Felda United
Lokasi: Stadium Shah Alam.
Agregat: 4-5


Nota: Semua perlawanan bermula pada jam 9 malam. 

Warna merah adalah keputusan perlawanan suku akhir pertama. 

Malam ini merupakan perlawanan penentu empat pasukan yang dapat pergi ke peringkat separuh akhir nanti.

Skuad Tok Gajah,  JDT,  PKNP FC adalah pasukan yang selangkah lagi untuk ke separuh akhir.

Masing-masing mengatasi persaing dengan perbezaan gol yang besar.

Pada suku akhir pertama,  Pahang mengatasi Perak dengan 3-1, JDT menundukan Melaka United 4-1 dan PKNP FC mudah menjinakkan Felda United dengan keputusan 3-1.

Sementara itu Kedah menang tipis ke atas Selangor dengan keputusan 3-2.

Walau bagaimanapun,  pasukan yang kalah suku akhir pertama lepas tidak akan menyerah kalah untuk berjuang.

Mereka ada 90 minit lagi masa sebagai penentu untuk ke separuh akhir.

P/S - Perlawanan Perak vs Pahang diubah pada hari ini kepada malam esok 24 September 2017 setelah PKNP FC vs Felda United dapat kebenaran bermain di Stadium Shah Alam. 

Jangan lupa ikuti Live Streaming Suku Akhir Kedua Piala Malaysia 24 September 2017 untuk mengetahui pasukan mana yang layak ke peringkat Separuh Akhir yang akan ditetapkan nanti oleh Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP).

Jom ke stadium untuk saksikan perlawanan menarik, lebih lagi pasukan kesayangan dan kebanggaan kita.

Keputusan Terakhir

Pasukan yang layak ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia 2017 ialah JDT,  Perak,  Felda United dan Kedah.

22/09/17

Keputusan Terkini Suku Akhir Kedua Perak vs Pahang 23 September 2017

Keputusan Terkini Suku Akhir Kedua Perak vs Pahang 23 September 2017. Perlawanan Suku Akhir Piala Malaysia bersambung lagi untuk menentukan pasukan manakah layak ke peringkat Separuh Akhir?


Keputusan Terkini Suku Akhir Kedua Perak vs Pahang 23 September 2017
Suku Akhir Kedua Piala Malaysia 2017

Keputusan Terkini Suku Akhir Kedua Perak vs Pahang 23 September 2017


Keputusan Terkini (23.9.2017)

Perak ( 1 )( 4 ) vs ( 0 )( 3 ) Pahang
Lokasi: Stadium Perak,  Ipoh.
Masa: 9 malam
Penjaring Gol:
Gilmar (PER)  - Minit ke-2, 63.
Kenny (PER)  - minit ke-76
Nazrin (PER)  - minit ke-90
Agregat: Perak ( 5 ) vs ( 3 ) Pahang

Terkini: Perlawanan antara Perak vs Pahang ditunda pada 24 September 2017. Harap maklum... 

P/S - Keputusan terkini akan dikemas kini sehingga tamat perlawanan. 

Di dalam kurungan warna merah adalah keputusan suku akhir pertama. 

Pada malam ini hanya satu perlawanan berlangsung iaitu diantara Perak menentang Pahang. 

Pahang akan berkunjung ke Stadium Perak di Ipoh bagi perlawanan suku akhir kedua.

Pahang menang 3-1 pada suku akhir pertama yang lalu. 

Pahang berbekalkan kelebihan dua gol untuk perlawanan tersebut. 

Mampukah Perak menundukkan skuad Tok Gajah dengan keputusan lwbih daripada tiga gol untuk layak ke separuh akhir Piala Malaysia. 

Sama-sama kita tunggu Keputusan Terkini Suku Akhir Kedua Perak vs Pahang 23 September 2017. 

Jangan lupa...  24 September 2017, ada tiga lagi perlawanan peringkat suku akhir kedua, Kedah vs Selangor,  JDT vs Melaka United dan PKNP FC vs Felda United.

Selamat berjaya buat semua pasukan....

Keputusan Mutakhir

Pasukan yang layak ke peringkat Separuh akhir Piala Malaysia adalah Perak,  JDT,  Felda United dan Kedah. 

Keputusan Terkini Perak vs Pahang Suku Akhir Kedua 23 September 2017

Keputusan Terkini Perak vs Pahang Suku Akhir Kedua 23 September 2017. Perlawanan Suku Akhir Piala Malaysia bersambung lagi untuk menentukan pasukan manakah layak ke peringkat Separuh Akhir?


Keputusan Terkini Suku Akhir Kedua Piala Malaysia 23 September 2017
Suku Akhir Kedua Piala Malaysia 2017

Keputusan Terkini Perak vs Pahang Suku Akhir Kedua 23 September 2017


Keputusan Terkini (23.9.2017)

Perak ( 1 )( 4 ) vs ( 0 )( 3 ) Pahang
Lokasi: Stadium Perak,  Ipoh.
Masa: 9 malam
Penjaring Gol:
Gilmar (PER)  - Minit ke-2, 63.
Kenny (PER)  - minit ke-76
Nazrin (PER)  - minit ke-90
Agregat Perak ( 5 ) vs ( 3 ) Pahang

Terkini: Perlawanan diantara Perak vs Pahang telah ditunda kepada 24 September 2017. Harap ambil perhatian.... 

P/S - Keputusan terkini akan dikemas kini sehingga tamat perlawanan. 

Warna merah dalam kurungan adalah keputusan suku akhir pertama. 

Pada malam ini hanya satu perlawanan berlangsung iaitu diantara Perak menentang Pahang. 

Pahang akan berkunjung ke Stadium Perak di Ipoh bagi perlawanan suku akhir kedua.  

Pahang berbekalkan dua gol untuk perlawanan tersebut. 

Mampukah Perak menundukkan skuad Tok Gajah dengan keputusan 3-0 untuk layak ke separuh akhir Piala Malaysia. 

Sama-sama kita tunggu Keputusan Terkini Perak vs Pahang Suku Akhir Kedua 23 September 2017. 

Jangan lupa...  24 September 2017, ada tiga lagi perlawanan peringkat suku akhir kedua, Kedah vs Selangor,  JDT vs Melaka United dan PKNP FC vs Felda United.

Keputusan Mutakhir

Pasukan yang layak ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia ialah JDT,  Perak, Kedah dan Felda United. 

20/09/17

Keputusan Terkini Liga Super 20 September 2017

Jangan lupa ikuti Keputusan Terkini Liga Super 20 September 2017 pada jam 9 malam ini. 


Keputusan Terkini Liga Super 20 September 2017
Liga Super Malaysia 2017

Keputusan Terkini Liga Super 20 September 2017

Rabu

JDT ( 3 ) vs ( 0 ) Kelantan
Lokasi: Stadium Tan Sri Dato Hassan Yunos,  Larkin.

Kedah ( 1 ) vs ( 3 ) Felda United
Lokasi: Stadium Darul Aman, Kedah.

Melaka United ( 3 ) vs ( 1 ) Perak
Lokasi: Stadium Hang Jebat, Melaka.

Selangor ( 1 ) vs ( 2 ) PKNS FC
Lokasi: Stadium MP Selayang.

Pulau Pinang ( 0 ) vs ( 2 ) T-Team
Lokasi: Stadium Negeri,  Batu Kawan.

Pahang ( 3 ) vs ( 0 ) Sarawak
Lokasi: Stadium Darul Makmur, Pahang.

Semua perlawanan berlangsung pada pukul 9 Malam.

Keputusan terkini akan dikemas kini sehingga tamat perlawanan.

Perlawanan tumpuan malam ini sudah pasti diantara JDT menentang Kelantan.

Kita sedia maklum JDT sudah bergelar Juara Liga Super dan Kelantan kini diterajui oleh Presiden Baharu KAFA Bibi Ramjani Ilias Khan,  pengurus Besar Desa Murni Batik Kota Bharu,  Kelantan.

Mampukah Kelantan berjaya membawa pulang tiga mata untuk selesa kekal dalam liga super musim 2018?

Sementara itu T-Team,  Sarawak dan Pulau Pinang, Melaka United harus menang juga jika mahu terus kekal dalam Liga Super tahun depan.

Kedah,  Pahang, Felda United, Selangor dan Perak akan bersaing untuk bersaing merebut tempat naib juara Liga Super.

Untuk mengetahui siapa yang menang malam ini boleh juga ikuti Live Streaming Keputusan Luga Super 20 September 2017.

Selamat berjaya buat semua pasukan.

19/09/17

Live Streaming Keputusan Liga Super 20 September 2017

Live Streaming Keputusan Liga Super 20 September 2017. Perlawanan bola sepak Liga Super 2017 bersambung kembali. Enam perlawanan akan berlangsung melibatkan 12 pasukan.


Live Streaming Keputusan Liga Super 20 September 2017
Liga Super Malaysia 2017

Live Streaming Keputusan Liga Super 20 September 2017


Rabu (20 September 2017)

JDT ( 3 ) vs ( 0 ) Kelantan
Lokasi: Stadium Tan Sri Dato Hassan Yunos,  Larkin.

Kedah ( 1 ) vs ( 3 ) Felda United
Lokasi: Stadium Darul Aman, Kedah.

Melaka United ( 3 ) vs ( 1 ) Perak
Lokasi: Stadium Hang Jebat, Melaka.

Selangor ( 1 ) vs ( 2 ) PKNS FC
Lokasi: Stadium MP Selayang.

Pulau Pinang ( 0 ) vs ( 2 ) T-Team
Lokasi: Stadium Negeri,  Batu Kawan.

Pahang ( 3 ) vs ( 0 ) Sarawak
Lokasi: Stadium Darul Makmur, Pahang.

Semua perlawanan berlangsung pada pukul 9 Malam.

Empat pasukan seperti T-Team, Kelantan,  Pulau Pinang dan Sarawak perlu menang malam ini jika mahu kekal dalam Liga Super 2018.

Kekalahan akan menutup peluang mereka untuk beraksi dalam Liga Super musim depan.

Buat masa sekarang JDT tidak tergugat dengan kedudukan mereka di carta liga. Menang atau kalah JDT tetap di persada liga.

Sementara itu,  Kedah,  Pahang, Felda United,  Selangor dan Perak bersaing untuk berada di tempat kedua carta liga.

Ikuti Live Streaming Keputusan Liga Super 20 September 2017 untuk mengetahui keputusan mutakhir.

Selamat berjaya buat srmua pasukan.

18/09/17

Bibi Ramjani Presiden Baharu KAFA 2017-2021

Bibi Ramjani Presiden Baharu KAFA 2017-2021 setelah berjaya menewaskan calon pilihan,  Timbalan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf,  Datuk Muhammad Nasir Hamzah. 


Bibi Ramjani Presiden Baharu KAFA 2017-2021
Bibi Ramjani Ilias Khan

Bibi Ramjani Presiden Baharu KAFA 2017-2021


Bibi Ramjani jadi kejutan ramai apabila berjaya menjadi Presiden KAFA baharu setelah menewaskan Timbalan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf,  Datuk Muhammad Nasir Hamzah pada kongres ke-63 badan itu di Kota Bharudengan memperolehi 32 undian berbalas 16.

Pengundian kedua terpaksa dilakukan kerana Bibi Ramjani hanya memperolehi 32 berbalas 19, belum cukup memperolehi undian dua pertiga.

Pada undian kedua barulah Bibi Ramjani yang juga merupakan Pengurus Besar Desa Murni Batik Kota Bharu memperolehi undi dua pertiga.

Sekaligus dapat menerajui KAFA untuk penggal 2017 sehingga 2021.

Tahniah buat Bibi Ramjani.... Semoga beliau dapat mentadbir dan dapat menjalankan tugas dengan sempurna.

Ini sekaligus dapat menaikan kembali kegemilangan bola sepak Kelantan dan skuad The Red Warriors.

16/09/17

Keputusan Terkini Pahang vs Perak Suku Akhir Pertama Piala Malaysia 16 Srptembrr 2017

Keputusan Terkini Pahang vs Perak Suku Akhir Pertama Piala Malaysia 16 September 2017 - Malam ini satu lagi perlawanan berlangsung melibatkan pasukan Pahang menentang Perak.


Keputusan Terkini Pahang vs Perak Suku Akhir Pertama Pisla Malaysia 16 September 2017
Suku Akhir Pertama Piala Malaysia 2017

Suku Akhir Pertama Piala Malaysia

16 September 2017


Pahang ( 3 ) vs ( 1 ) Perak
Lokasi: Stadium Darul Makmur, Pahang.
Masa: 9 malam
Penjaring Gol:
- Wan Zaharulnizam (Pah)  - minit ke-36
- Afif Amiruddin (Pah)  - minit ke-38
- Matthew Davies (Pah)  - minit ke-41
- Gilmar (Perak)  - minit ke-68

P/S - Keputusan terkini akan dikemas kini dari masa ke semasa sehingga tamat perlawanan. 

Pahang selaku tuan rumah akan menanti kunjungan Perak di Stadium Darul Makmur,  Pahang.

Perlawanan bermula pada pukul 9 malam.

Perlawanan pertama Perak di tempat lawan sangat penting.  Kerja keras perlu digandakan untuk memungut tiga mata berharga untuk aksi Suku Akhir kedua di tempat sendiri.

Bagi Pahang,  inilah masanya untuk menyekat pasukan Perak di halaman sendiri.

Tidak dapat dipastikan bahawa Hafiz Kamal di posisi tengah Perak dapat diturunkan atau tidak kerana mengalami kecederaan.

Jom saksikan malam ini pusingan pertama suku akhir Piala Malaysia 16 September 2017 Pahang vs Perak.

Pada perlawanan semalam,  boleh dapatkannya di Keputusan Suku Akhir Pertama Piala Malaysia 15 September 2017.

Semoga berjaya buat semua pasukan. 

Jadual Perlawanan Suku Akhir Piala Malaysia 2017

Jadual Perlawanan Suku Akhir Piala Malaysia 2017 - Lapan pasukan layak ke peringkat suku akhir Piala Malaysia 2017.


Suku Akhir Kedua Piala Malaysia 2017
Suku Akhir Kedua Piala Malaysia 2017

Jadual Perlawanan Suku Akhir Piala Malaysia


Lapan pasukan layak ke peringkat suku akhir Piala Malaysia iaitu Selangor,  Kedah,  JDT,  Melaka United,  Felda United,  PKNP FC, Pahang dan Perak.

Mereka layak setelah menewaskan lawan masing-masing di peringkat kumpulan.

Berikut merupakan Jadual Perlawanan Suku Akhir Piala Malaysia.

Suku akhir pertama bermula pada 15 September dan 16 September. Sementara suku akhir kedua akan berlangsung pada 23 dan 24 September.

Suku Akhir Pertama (15 Sept 2017)

Selangor vs Kedah
Lokasi: Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selangor.

Felda United vs PKNP FC
Lokasi: Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Pahang.

Melaka United Vs JDT
Lokasi: Stadium Hang Jebat, Melaka.


Suku Akhir Pertama (16 Sept 2017)

Pahang vs Perak
Lokasi: Stadium Darul Makmur, Pahang.

P/S: Semua perlawanan berlangsung pada pukul 9 malam.


Suku Akhir Kedua (23 Sept 2017)

Perak vs Pahang
Lokasi: Stadium Perak,  Ipoh. 


Suku akhir Kedua (24 Sept 2017)

Kedah vs Selangor
Lokasi: Stadium Darul Aman,
Kedah.

PKNP FC vs Felda United
Lokasi: Stadium Shah Alam. 

JDT vs Melaka United
Lokasi: Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin, Johor. 

Jangan lupa ikuti perkembangan bola sapak Malaysia pada peringkat Suku Akhir di sini. 

15/09/17

Keputusan Terkini Suku Akhir Pertama Piala Malaysia 15 September 2017

Keputusan Terkini Suku Akhir Pertama Piala Malaysia 15 September 2017 - Malam ini bermulanya perlawanan bola sepak Suku Akhir Pertama Piala Malaysia. Ia melibatkan tiga perlawanan. 


Suku Akhir Pertama Piala Malaysia 2017
Suku Akhir Pertama Piala Malaysia 2017


Keputusan Terkini Suku Akhir Pertama Piala Malaysia


15 September 2017


Selangor ( 2 ) vs ( 3 ) Kedah
Lokasi: Stadium Majlis Perbandaran Selayang
Masa: 9 malam
Penjaring Gol:
- Ken Ilso (Ked) - minit ke-7, 14
- Syazwan Zainon (Ked)  - minit ke-68
- Rufino (Sel) - minit ke-53, 71

Melaka United ( 1 ) vs ( 4 ) JDT
Lokasi: Stadium Hang Jebat
Masa: 9 malam
Penjaring Gol:
- Ghaddar - (JDT) - minit ke-5, 63
- Marco Simic (Mel) - minit ke-45
- Natxo Insa (JDT)  - minit ke-68
- Safiq Rahim (JDT)  - minit ke-85

Felda United  ( 1 ) vs ( 3 ) PKNP FC
Lokasi: Stadium Tun Abdul Razak
Masa: 9 malam
Penjaring Gol:
- Shahrul Fitri (PKNP) - Minit ke-10, 45, 67
- Hadin Azman (Felda) - minit ke-77

Pasukan manakah yang akan memperolehi tiga mata berharga untuk bekalan selesa untuk aksi suku akhir kedua pada 23 dan 24 September ini.

Di atas kertas JDT mempunyai peluang untuk menang pada malam ini. Namun begitu Melaka United tidak sesekali menyerah kalah sebelum berjuang.

Perlawanan dijangka menarik sudah pasti diantara Selangor dan Kedah. Mereka seimbang dari segi kekuatan berpasukan.

Sementara itu PKNP FC bukan calang-calang pasukan.  Mereka bersemangat untuk dibuktikan bahawa pasukan kelab baru juga boleh berjaya jika semangat dan sentiasa dahagakan kejayaan, sudah pasti sesuatu yang bukan mustahil untuk dicapai.

Ayuh....  Kita serbu ke stadium malam ini untuk menyokong pasukan kesayangan kita beraksi.

Selamat berjuang buat semua pemain....

9/09/17

Live Streaming Keputusan Piala Malaysia 9 September 2017

Live Streaming Keputusan Piala Malaysia 9 September 2017 - Teka-teki pasukan mana yang akan ke Suku Akhir Piala Malaysia 2017 akan diketahui malam ini. Semua perlawanan akan berlangsung pukul 9 malam. Lapan perlawanan menjadi tumpuan peminat di seluruh Malaysia untuk mengisi Perebutan 2 Slot Ke Suku Akhir Piala Malaysia 2017.



Live Streaming Keputusan Piala Malayia 9 September 2017
Piala Malayia 2017

Live Streaming Keputuan Piala Malayia 9 September 2017


Lapan perlawanan akan berlangsung pada 9 september 2017 melibatkan 16 paukan yang mewakili kumpulan masing-masing. Semua perlawanan berlangsung pada 9 malam. 2 Slot lagi untuk mengesahkan ke peringkat Suku Akhir Piala Malaysia 2017. 

Pasukan yang akan rebut 2 slot ke suku akhir adalah Kelantan, Negeri Sembilan, T-Team, Melaka United dan Pahang.

Jom Ikuti Live Streaming Keputusan Piala Malaysia 9 September 2017. Boleh lihat keputusan di bawah ini. Keputusan akan dikemas kini sehingga perlawanan tamat.


9 SEPTEMBER 2017

KUMPULAN A

Pahang ( 3 ) vs ( 2 ) T-Team
Lokasi: Stadium Darul Makmur, Pahang.
Masa: 9 malam

Negeri Sembilan ( 0 ) vs ( 0 ) PKNP FC
Lokasi: Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.
Masa: 9 malam


KUMPULAN B

Kuala Lumpur ( 2 ) VS ( 0 ) PKNS FC
Lokasi: Stadium Hang Jebat, Melaka.
Masa: 9 malam

Perak ( 2 ) vs ( 1 ) Felda United
Lokasi: Stadium Perak, Ipoh.
Masa: 9 malam


KUMPULAN C

Kedah ( 2 ) vs ( 0 ) Kelantan
Lokasi: Stadium Darul Aman, Kedah.
Masa: 9 Malam

UiTM FC ( 5 ) vs ( 3 ) Melaka United
Lokasi: Stadium UiTM, Shah Alam, Selangor.
Masa: 9 Malam


KUMPULAN D

JDT ( 3 ) vs ( 1 ) Selangor
Lokasi: Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yuno, Larkin, Johor.
Masa: 9 malam

Terengganu ( 3 ) vs ( 3 ) Sarawak
Lokasi: Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
Masa: 9 malam

P/S - Keputusan akan dikemas kini sehingga tamat perlawanan.

Terkini: Pasukan layak ke perinkat Suku Akhir Piala Malaysia 2017 ialah JDT,  Selangor,  Melaka United, Pahang,  Kedah,  Perak, Felda United dan PKNP FC. 

Jangan lupa ikuti Live Streaming Keputusan Piala Malaysia 9 September 2017. Antara pasukan yang sudah mengisi slot ke Suku Akhir Piala Malaysia 2017 adalah JDT, Selangor, PKNP FC, Kedah, Perak dan Felda United.

Perebutan 2 Slot Ke Suku Akhir Piala Malaysia 2017

Perebutan 2 Slot Ke Suku Akhir Piala Malaysia 2017 - Pasukan mana yang layak ke Suku Akhir Piala Malaysia 2017 bakal terjawab malam ini?


Perebutan 2 Slot Ke Suku Akhir Piala Malaysia 2017
Kelayakan Suku Akhir Piala Malaysia 2017


Perebutan 2 Slot Ke Suku Akhir Piala Malaysia 2017


Persaingan Piala Malaysia untuk 2 slot ke Suku akhir Piala Malaysia akan ditentukan malam ini. 

Teka-teki 2 slot akan menjadi perhitungan diantara 5 pasukan yang bersaing, iaitu Kelantan, Pahang,  Negeri Sembilan,  T-Team dan Melaka United.

Saingan kumpulan A,  melibatkan T-Team,  Pahang dan Negeri Sembilan. 

Bagi kumpulan C pula, perebutan antara Kelantan dan Melaka United. Di mana Kelantan berkunjung ke Stadium Darul Aman, Kedah dan Melaka United bertemu UiTM di Stadium Shah Alam. 

Sementara itu Negeri Sembilan menentang PKNP FC, Pahang vs T-Team.

Bagi Kumpulan B dan D pula sekadat pelengkap jadual melibatkan perlawanan diantara JDT vs Selangor yang menjadi tumpuan umun.

Jangan lupa saksikan perlawanan menjadi Perebutan 2.Slot Ke Suku Akhir Piala Malaysia 2017 malam ini sekitar jam 9 malam. 

Boleh ikuti melalui siaran TV tempatan,  jika ada secara langsung atau Live Streaming Keputusan Piala Malaysia 9 September 2017.


4/09/17

Kelayakan Piala Asia 2019: Live Streaming Keputusan Malaysia vs Hong Kong 5.9.17

Kelayakan Piala Asia 2019: Live Streaming Keputusan Malaysia vs Hong Kong 5.9.17 - Skuad Harimau Malaya akan turun beraksi kedua kempen kelayakan Piala Asia 2017 menentang Hong Kong pada 5 September 2017 di Stadium Hang Jebat,  Melaka pada pukul 8.45 malam.  


Kelayakan Piala Asia 2019: Live Streaming Keputusan Malaysia vs Hong Kong 5.9.17
Malaysia vs Hong Kong


Kelayakan Piala Asia 2017

Live Streaming - Live Football
Tarikh: 5 September 2017
Malaysia ( 1 ) vs ( 1 ) Hong Kong
Lokasi: Stadium Hang Jebat,  Melaka.
Masa: 8.45 malam
Penjaring Gol:
- Alessandro Leonardo (HK) - minit ke-52.
- Syazwan Zainon (MAS) - minit ke-55.

P/S: Keputusan akan dikemas kini sehingga tamat perlawanan

Malaysia memulakan kempen kedua Kelayakan Piala Asia 2017 di halaman sendiri. Kesempatan ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh skuad Harimau Malaya kendalian Nelo Vingada setelah skuad bimbingannya kalah kepada Lebanon 1-2 pada aksi pertama di Stadium Larkin pada Jun lepas. 

Malaysia perlu menang untuk memungut tiga mata bagi melayakan kita dapat beraksi di UAE. 

Kita sedia maklum Hong Kong berada di rangking ke-146 dan Malaysia di rangking ke-166. Pemain Hong Kong ramai yang naturalisasi, ini memberi kelebihan kepada mereka. 

Di atas kertas,  kita berada di bawah Hong Kong,  oleh itu skuad Harimau Malaya perlu berkerja keras untuk melawan mereka. 

Walaupun tiada perbezaan besar diantara kedua-dua pasukan,  namun kita harus bersikap realistik untuk melakarkan kemenangan walaupun bukannya mudah untuk menewaskan Hong Kong. 

Persiapan para pemain bermula pada 14 Ogos lalu. Latihan yang rapi dan betul pasti memberi sinar harapan untuk Malaysia bagi mengekang penguasaan Hing Kong nanti. 

Semoga peminat setia Skuad Harimau Malaya memberi sokongan pada aksi esok nanti. 

Ayuh Harimau Malaya,  buktikan bahawa taring dan gigi mu masih kuat dan teguh untuk membaham sang Hong Kong. 

Jangan lupa ikuti Kelayakan Piala Asia 2019: Live Streaming Keputusan Malaysia vs Hong Kong 5.9.17 untuk melihat aksi keputusan semasa. 

Jika ada link secara lansung, akan disertakan di sini. 

30/08/17

Malaysia Gagal Buru Ibu Pingat Emas

Malaysia Gagal Buru Ibu Pingat Emas setelah kalah kepada Thailand 0-1 dalam perlawanan akhir acara bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Stadium Shah Alam.


Malaysia Gagal Buru Ibu Pingat Emas
Final Malaysia vs Thailand Sukan SEA 2017

Malaysia Gagal Buru Ibu Pingat Emas


Hasrat Malaysia untuk menggenggam ibu segala pingat emas terlerai apabila kalah kepada juara bertahan Thailand 0-1 malam tadi di Stadium Shah Alam dalam acara bola sepak lelaki Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Walaupun pasukan bimbingan Datuk Ong Kim Swee menguasai perlawanan dan mempamirkan semangat juang yang tinggi,  namun belum cukup untuk menewaskan skuad Gajah Perang.

Gol tunggal Thailand diperolehi menerusi kesilapan penjaga gol Malaysia pada minit ke-28 apabila bola tumbukannya termasuk ke gawang sendiri.

Gol ini hasil sepakan sudut yang ditendang oleh Sasalak Haiprakhon ke pintu gawang pasukan Malaysia.

Kejayaan ini menyaksikan Thailand dapat mempertahankan pingat emas tiga kali berturut-turut bermula 2013.

Malaysia kempunan pingat emas acara bola sepak sukan SEA Kuala Lumpur 2017.


28/08/17

Live Streaming Final Malaysia vs Thailand Sukan SEA 29.8.17

Live Streaming Final Malaysia vs Thailand Sukan SEA 29.8.17 | Saksikan secara live streaming atau secara langsung perlawanan akhir diantara Malaysia bertemu Thailand di Stadium Shah Alam pada 29 Ogos 2017.


Live Streamung Malaysia vs Thailand Sukan SEA 29.8.17
Final Sukan SEA: Malaysia vs Thailand

Live Streaming Malaysia vs Thailand


29 Ogos 2017

Keputusan Terkini
Malaysia ( 0 ) vs ( 1 ) Thailand
Live Streaming: Youtube Live, TVi, TV Sukan,  TV Live.
Lokasi: Stadium Shah Alam
Masa: 8.45 malam
Penjaring Gol:
Muhammad Haziq Nadzli  (MAL) - Gol Sendiri - minit ke-42.
P/S: Keputusan akan dikemas kini sehingga perlawanan tamat.

Malaysia layak ke final mengalahkan Indonesia 1-0 dan bertemu dengan Thailand yang menyikirkan Myanmar 1-0 di peringkat separuh akhir pada 26 Ogos yang lepas.

Stadium Shah Alam dipilih sebagai pentas final antara Malaysia dan Thailand,  di mana sebelum ini kita dimaklumkan bahawa pertukaran dari Stadium Nasional Bukit Jalil ke Stadium Shah Alam oleh FAM semalam.

Di mana sekali pun final dimainkan, para pemain B-22 harus bermain bermati-matian demi maruah negara.

Pingat emas dalam acara bola sepak lelaki adalah ibu segala pingat.

Ayuh Malaysia,  bangkit semangat semua pemain,  inilah masanya untuk tunjukkan kita adalah gergasi Asia Tenggara dalam bola sepak di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017,  sebagai tuan rumah tahun ini.

Dapatkah Malaysia menjuarai bola sepak di Sukan SEA kali ini?

Bagi lebih gempak,  bolehlah ke Stadium Shsh Alam pada 29 Ogos 2017, jam 8.45 malam.

Senarai Negara Juara Sukan SEA B-23 

> 2001 - Thailand vs Malaysia (1-0)
> 2003 - Thailand vs Vietnam (2-1)
> 2005 - Thailand vs Vietnam (2-1)
> 2007 - Thailand vs Myanmat (2-0)
> 2009 - Malaysia vs Vietnam (1-0)
> 2011 - Malaysia vs Indonesia ( 1-1), penalti (5-4)
> 2013 - Thailand vs Indonesia (1-0)
> 2015 - Thailand vs Myanmar (3-0)
> 2017 - Malaysia vs Thailand (?-?)

Kali terakhir Malaysia menang semenjak format bawah 23 tahun (B-23) diperkanalkan bermula tahun 2001.

Malaysia menjadi juara sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2009 dan 2011 dan naib juara sekali iaitu pada tahun 2001.

Negara lain sekadar naib juara seperti Indonesia,  Vietnam dan Myanmar.

Kebanyakan juara dimonopoli oleh Thailand. Thailand menang sebanyak enam kali iaitu pada tahun 2003, 2005, 2007, 2013 dan 2015.

Kita sama-sama doakan agar pasukan kita Malaysia, menjuarai Sukan SEA 2017. Insya Allah....

Jika tak kesempatan boleh saja tengok melalui Live Streaming Funal Malaysis vs Thailand Sukan SEA 29.8.17.


Sukan SEA 2017: Malaysia Ke Final Bertemu Thailand

Sukan Sea 2017: Malaysia Ke Final Bertemu Thailand pada 29 Ogos nanti di Stadium Shah Alam,  Selangor. Malaysia menang mengalahkan Indonesia 1-0 malam tadi dengan aksi penuh dramatik.


Sukan SEA 2017 - Malaysia Ke Final Bertemu Thailand
Malaysia Ke Final Bertemu Thailand

Malaysia Ke Final Bertemu Thailand

Skuad Bola Sepak Lelaki Sukan SEA Kuala Lumpur menempah slot ke final, apabila berjaya membenam keegoan Indonesia 1-0 pada aksi separuh akhir di Stadium Shah Alam. 

Dalam aksi separuh masa pertama lagi,  Malaysia terus mengasak dengan serangan bertali arus namun buntu memperolehi gol. 

Walaupun skuad negara cuba memperolehi gol awal sebagai membangkitkan semangat,  namun tidak juga dapat menembusi pintu gawang gol Indonesia yang dikawal ketat oleh pertahanan Indonesia dan kecekapan penjaga gol mereka, Satria Tama Hardiyanto. 

Skuad pengendali Ong Kim Swee memiliki banyak peluang memperolehi gol, terutama sekali menerusi percubaan tepat Safawi Rasid pada minit ke-5, namun gagal.

Sesekali skuad Indonesia melakukan serangan balas,  namun tidak berjaya, mudah dipatahkan oleh pertahanan Malaysia dan kecekapan Muhammad Haziq Nadzli mempertahankan pintu gol daripada dibolosi. 

Keputusan 0-0 kekal hingga wisel separuh masa pertama ditiupkan. 

Bersambung separuh masa kedua, kedu-dua pasukan masih buntu memburu gol pertama perlawanan. 

Pada minit-minit terakhir perlawanan,  yakni pada minit ke-87 barulah gol pertama dapat diperolehi oleh Malaysia hasil tendangan sudut, apabila Thanabalan sekali lagi menjadi wira sehingga berjaya menanduk tepat ke gawang gol Indonesia. 

Keputusan kekal 1-0 hingga ke wisel penamat.  Malaysia akan bertemu Thailand  di final pada 29 Ogos nanti di Stadium Shah Alam yang dikhabarkan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai vanue final ditukarkan oleh FAM. 

Dapatkah Malaysia berjaya memburu raja segala pingat di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, sama-sama kita saksikan pada Selasa ini 29 Ogos 2017?