10/11/17

Kelayakan Piala Asia 2019: Keputusan Malaysia vs Korea Utara

Kelayakan Piala Asia 2019: Keputusan Malaysia vs Korea Utara - Malam ini adalah penentu skuad bola sepak Malaysia untuk meraih kemenangan ke atas Korea Utara di Stadium I-Mobile, Buriram, Thailand bagi mencerahkan peluang ke pusingan akhir Piala Asia 2019 di Emiriyah Arab Bersatu.


Kelayakan Piala Asia 2019: Keputusan Malaysia vs Korea Utara
Kelayakan Piala Asia 2019 - Malaysia vs Korea Utara

Kelayakan Piala Asia 2019: Malaysia vs Korea Utara


Malaysia ( 1 ) vs ( 4 ) Korea Utara
Tarikh: 10 November 2017
Lokasi: Malaysia (Tuan Rumah)
Stadium I-Mobile, Buriram, Thailand.
Masa: 9 malam
Penjaring gol:
- Pak Kwang-ryong (K.Utara) - minit ke-12
- Kim Yu-song (K.Utara) - minit ke-42
- Kim Yong (K.Utara) - minit ke-48
- Jong Il-Gwang (K.Utara) - minit ke-59
- Safawi Rashid (MAS) - minit ke-63

P/S - Keputusan akan dikemas kini dari masa kesemasa sehingga pelawanan tamat.

Peluang Malaysia jika dikira atas kertas masih belum tertutup memandangkan masih ada satu slot untuk direbut bersama Korea Utara dan Hong Kong dengan syarat Malaysia wajib menang perlawanan ketika menentang Korea Utara malam ini.

Pasukan yang sudah mengesahkan satu lagi slot adalah Lebanon.


Peluang Malaysia Masih Terbuka

Ketua pengendali skuad bola sepak Malaysia Nelo Vingada menemui ramuan terbaik untuk meraih kemenangan ke atas Korea Utara jika anak buahnya mengikut setiap arahan yang diberikan dan bermain lebih daripada 100% semangat ingin menang.

Skuad Malaysia lebih jitu dengan kehadiran beberapa pemain Johor Darul Takzim yang sebelum ini tidak dapat mewakili seperti Afiq Fazail, Fadzly Mazlan, S.Kunanlan dan Azrif.

Walau bagaimanapun, pengendali Korea Utara Jorn Andersen bersifat merendah diri apabila ditanya tentang peluang Korea Utara malam ini.


Peluang Korea Utara


Jelas beliau, skuad Harimau Malaya memiliki kelebihan kerena tidak perlu menyesuaikan diri dengan cuaca tropika di Thailand disebabkan keadaan cuaca sama seperti di negara Malaysia.

Penjaga gol Malaysia, Hafizul Hakum Khairul sudah bersedia mengalas tugas berat utuk mempertahankan gawang gol agar tidak dibolosi.

Walaupun peluang untuk menang nampak sukar tetapi bukan mustahil utuk Harimau Malaya membenam skuad Korea Utara malam ini.

Jangan lupa ikuti Perlawanan Kelayakan Piala Asia 2019: Malaysia vs Korea Utara

Jom sama-sama kita beri sokongan kepada skuad bola sepak Malaysia beraksi dengan mendoakan kemenangan kepada skuad Harimau Malaya ketika beraksi menentang Korea Utara di Thailand malam ini.

Malaysia akan bertemu sekali lagi dengan Korea Utara pada 13 November 2017 di Stadium yang sama.

0 ulasan:

Catat Komen