4/09/17

Kelayakan Piala Asia 2019: Live Streaming Keputusan Malaysia vs Hong Kong 5.9.17

Kelayakan Piala Asia 2019: Live Streaming Keputusan Malaysia vs Hong Kong 5.9.17 - Skuad Harimau Malaya akan turun beraksi kedua kempen kelayakan Piala Asia 2017 menentang Hong Kong pada 5 September 2017 di Stadium Hang Jebat,  Melaka pada pukul 8.45 malam.  


Kelayakan Piala Asia 2019: Live Streaming Keputusan Malaysia vs Hong Kong 5.9.17
Malaysia vs Hong Kong


Kelayakan Piala Asia 2017

Live Streaming - Live Football
Tarikh: 5 September 2017
Malaysia ( 1 ) vs ( 1 ) Hong Kong
Lokasi: Stadium Hang Jebat,  Melaka.
Masa: 8.45 malam
Penjaring Gol:
- Alessandro Leonardo (HK) - minit ke-52.
- Syazwan Zainon (MAS) - minit ke-55.

P/S: Keputusan akan dikemas kini sehingga tamat perlawanan

Malaysia memulakan kempen kedua Kelayakan Piala Asia 2017 di halaman sendiri. Kesempatan ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh skuad Harimau Malaya kendalian Nelo Vingada setelah skuad bimbingannya kalah kepada Lebanon 1-2 pada aksi pertama di Stadium Larkin pada Jun lepas. 

Malaysia perlu menang untuk memungut tiga mata bagi melayakan kita dapat beraksi di UAE. 

Kita sedia maklum Hong Kong berada di rangking ke-146 dan Malaysia di rangking ke-166. Pemain Hong Kong ramai yang naturalisasi, ini memberi kelebihan kepada mereka. 

Di atas kertas,  kita berada di bawah Hong Kong,  oleh itu skuad Harimau Malaya perlu berkerja keras untuk melawan mereka. 

Walaupun tiada perbezaan besar diantara kedua-dua pasukan,  namun kita harus bersikap realistik untuk melakarkan kemenangan walaupun bukannya mudah untuk menewaskan Hong Kong. 

Persiapan para pemain bermula pada 14 Ogos lalu. Latihan yang rapi dan betul pasti memberi sinar harapan untuk Malaysia bagi mengekang penguasaan Hing Kong nanti. 

Semoga peminat setia Skuad Harimau Malaya memberi sokongan pada aksi esok nanti. 

Ayuh Harimau Malaya,  buktikan bahawa taring dan gigi mu masih kuat dan teguh untuk membaham sang Hong Kong. 

Jangan lupa ikuti Kelayakan Piala Asia 2019: Live Streaming Keputusan Malaysia vs Hong Kong 5.9.17 untuk melihat aksi keputusan semasa. 

Jika ada link secara lansung, akan disertakan di sini. 

0 ulasan:

Catat Ulasan