17/08/17

Thanabalan Wira Skuad B-22 Malaysia

Thanabalan Wira Skuad B-22 Malaysia - Pemain gantian Skuad B-22 Malaysia,  N.Thanabalan menyelamatkan maruah skuad B-22 Malaysia apabila meledak gol ke-2 dalam minit ke-73 dalam masa kecederaan.


Thanabalan Wira Skuad B-22 Malaysia
Credit: Utusan Online


Thanabalan Wira Skuad B-22 Malaysia


Malaysia berjaya mengatasi Singapura dalam acara bola sepak lelaki Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) dalam kumpulan A malam tadi di Stadium Shah Alam, Selangor.

Penyerang daripada kelab Felcra FC itu menjaringkan gol kemenangan (2-1) pada minit ke-73, sekaligus menjadi wira Malaysia apabila menyelamatkan maruah bola sepak negara.

Pengendali Skuad B-22 Malaysia, Datuk Ong Kim Swee ternya gembira dengan kemenangan malam tadi dengan memunggut tiga mata berharga namun masih di bawah Skuad B-22 Myanmar kerana Myanmar juga menang mengatasi Loas 2-1 pada aksi petang semalam.

Pada perlawanan malam tadi, skuad Malaysia ketinggalan 0-1 apabila Singapura membuka jaringan pada minit ke-38 menerusi Nasruldin Nodin.

Walau bagaimanapun pemain Malaysia tidak mudah menyerah kalah,  apabila mereka terus mengasak pada separuh masa kedua apabila Nor Azam Azih menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-68.

Usaha mereka akhirnya berbaloi apabila Thanabalan menjadi wira B-22 Malaysia apabila melengkapkan kemenangan pada minit ke-73.

Skuad B-22 Malaysia menang malam tadi, namun belum cukup memintas Myanmar kerana mereka juga sama mata tetapi perbezaan jumlah bolos gol yang mengekalkan mereka di carta teratas.

Pada aksi pembukaan,  Skuad B-22 mengatasi Brunei dengan jumlah jaringan yang sama 2-1.

Tahniah...  Thanabalan dan juga pemain Malaysia.

Malaysia Boleh....

2 ulasan: