28/08/17

Sukan SEA 2017: Malaysia Ke Final Bertemu Thailand

Sukan Sea 2017: Malaysia Ke Final Bertemu Thailand pada 29 Ogos nanti di Stadium Shah Alam,  Selangor. Malaysia menang mengalahkan Indonesia 1-0 malam tadi dengan aksi penuh dramatik.


Sukan SEA 2017 - Malaysia Ke Final Bertemu Thailand
Malaysia Ke Final Bertemu Thailand

Malaysia Ke Final Bertemu Thailand

Skuad Bola Sepak Lelaki Sukan SEA Kuala Lumpur menempah slot ke final, apabila berjaya membenam keegoan Indonesia 1-0 pada aksi separuh akhir di Stadium Shah Alam. 

Dalam aksi separuh masa pertama lagi,  Malaysia terus mengasak dengan serangan bertali arus namun buntu memperolehi gol. 

Walaupun skuad negara cuba memperolehi gol awal sebagai membangkitkan semangat,  namun tidak juga dapat menembusi pintu gawang gol Indonesia yang dikawal ketat oleh pertahanan Indonesia dan kecekapan penjaga gol mereka, Satria Tama Hardiyanto. 

Skuad pengendali Ong Kim Swee memiliki banyak peluang memperolehi gol, terutama sekali menerusi percubaan tepat Safawi Rasid pada minit ke-5, namun gagal.

Sesekali skuad Indonesia melakukan serangan balas,  namun tidak berjaya, mudah dipatahkan oleh pertahanan Malaysia dan kecekapan Muhammad Haziq Nadzli mempertahankan pintu gol daripada dibolosi. 

Keputusan 0-0 kekal hingga wisel separuh masa pertama ditiupkan. 

Bersambung separuh masa kedua, kedu-dua pasukan masih buntu memburu gol pertama perlawanan. 

Pada minit-minit terakhir perlawanan,  yakni pada minit ke-87 barulah gol pertama dapat diperolehi oleh Malaysia hasil tendangan sudut, apabila Thanabalan sekali lagi menjadi wira sehingga berjaya menanduk tepat ke gawang gol Indonesia. 

Keputusan kekal 1-0 hingga ke wisel penamat.  Malaysia akan bertemu Thailand  di final pada 29 Ogos nanti di Stadium Shah Alam yang dikhabarkan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai vanue final ditukarkan oleh FAM. 

Dapatkah Malaysia berjaya memburu raja segala pingat di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, sama-sama kita saksikan pada Selasa ini 29 Ogos 2017?

0 ulasan:

Catat Ulasan