14/08/17

Sukan SEA Kuala Lumpur 2017: Perlawanan Bola Sepak Malaysia vs Brunei

Sukan SEA Kuala Lumpur 2017: Perlawanan Bola Sepak Malaysia vs Brunei | Malam ini skuad bola sepak Bawah 22 (B-22) Malaysia akan turun gelanggang dalam aksi pembukaan peringkat Kumpulan A dengan menentang Skuad B-22 Brunei di Stadium Shah Alam, Selangor jam 8.45 malam.


Sukan SEA 2017: Malaysia vs Brunei

Sukan SEA Kuala Lumpur 2017: Perlawanan Bola Sepak Malaysia vs Brunei


Skuad B-22 kendalian Datuk Ong Kim Swee akan membuat perhintungan dengan B-22 Brunei pada aksi pembukaan peringkat kumpulan A bola sepak lelaki di Stadium Shah Alam,  Selangor pada jam 8.45 malam ini. 

Misi wajib menang untuk skuad bola sepak lelaki negara bagi memudahkan tugasan mereka merampas kejuaraan daripada Thailand,  pencabar terhebat selain Indonesia. 

Walaupun Malaysia menjadi tuan rumah untuk bola sepak Sukan SEA 2017, namun bukan jaminan untuk berasa selesa.  Memiliki kelebihan beraksi di gelanggang sendiri tetapi sikap terlalu yang akan membawa padah. 

Skuad Malaysia harus menghormati kemampuan pasukan lain ketana mereka ada kelebihan dan kekuatan masing-masing termasuk Brunei yang sedang meningkat naik kemampuan di bawah jurulatih dari Korea Selatan Kwon Oh Son. 

Perlawanan menentang Brunei bukan satu tugas yang mudah tetapi jika B-22 Malaysia mengikut taktikal dan arahan daripada jurulatih Malaysia,  tidak mustahil kita akan menang. 

Menang malam ini akan memberi kelebihan kepada skuad Malaysia untuk aksi kedua nanti. 

Kita Sebagai peminat setia pasti inginkan kemenangan.  Jangan lupa datang beramai-ramai ke Stadium Shah Alam untuk memberi sokongan.  Malaysia Boleh #KitaJuara #MalaysiaBoleh #SamaSamaKitaJuara

Selain Malaysia vs Brunei,  diundi dalam kumpulan A,  kita akan bertemu dengan Myannar,  Loas dan Singapura nanti untuk menentu siapa juara kumpulan?

Keputusan Terkini


Kumpulan A (14 Ogos 2017)

Malaysia ( 2 ) vs ( 1 ) Brunei
Live Streaming: Youtube Live
Lokasi Perlawanan: Stadium Shah Alam,  Selangor. 
Masa: 8.45 malam
Penjaring:
- Sapawi Rasid (Mas) - minit ke-3.
- Zulkhairy Rady (Bru)  - minit ke-11
- Adam Nor Azlin (Mas)  - minit ke-60

Keputusan: Akan update dari masa ke semasa keputusan terkini.

Boleh juga menonton melalui siaran langsung di TV3 atau ASTRO ARENA.



0 ulasan:

Catat Ulasan