www.terjahbola.blogspot.my

Terjah bola merupakan blog berkaitan bola sepak, skil bola, teknik bola, strategi bola, taktikal bola, taktik bola, sepak bola, pemain bola, pasukan bola sepak, sepak bola dan apa saja berkaitan bola. Layari di www.terjahbola.blogspot.my

www.terjahbola.blogspot.my

Terjah bola merupakan blog berkaitan bola sepak, skil bola, teknik bola, strategi bola, taktikal bola, taktik bola, sepak bola, pemain bola, pasukan bola sepak, sepak bola dan apa saja berkaitan bola. Layari di www.terjahbola.blogspot.my

www.terjahbola.blogspot.my

Terjah bola merupakan blog berkaitan bola sepak, skil bola, teknik bola, strategi bola, taktikal bola, taktik bola, sepak bola, pemain bola, pasukan bola sepak, sepak bola dan apa saja berkaitan bola. Layari di www.terjahbola.blogspot.my

www.terjahbola.blogspot.my

Terjah bola merupakan blog berkaitan bola sepak, skil bola, teknik bola, strategi bola, taktikal bola, taktik bola, sepak bola, pemain bola, pasukan bola sepak, sepak bola dan apa saja berkaitan bola. Layari di www.terjahbola.blogspot.my

www.terjahbola.blogspot.my

Terjah bola merupakan blog berkaitan bola sepak, skil bola, teknik bola, strategi bola, taktikal bola, taktik bola, sepak bola, pemain bola, pasukan bola sepak, sepak bola dan apa saja berkaitan bola. Layari di www.terjahbola.blogspot.my

20/08/17

Live Streaming Malaysia vs Myanmar Sukan Sea 21 Ogos 2017

Live Streaming Malaysia vs Myanmar Sukan Sea 21 Ogos 2017 |Acara bola sepak lelaki Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 bersambung kembali melibatkan Malaysia menentang Myanmar pada 21 Ogos 2017 di Stadium Shah Alam bermula jam 8.45 malam.


Live Streaming Malaysia vs Myanmar Sukan SEA 21 Ogos 2017
Sukan SEA 2017 - Malaysia vs Myanmar

Live Streaming Malaysia vs Myanmar Sukan SEA


Keputusan Terkini

Tarikh: 21 Ogos 2017
Live Streaming: Youtube Live
Malaysia ( 3 ) vs ( 1 ) Myanmar
Lokasi: Stadium Shah Alam.
Masa: 8.45 malam
Penjaring Gol:
Thanabalan (Mas)  - minit ke-32, 82.
Safawi Rasid (Mas)  - minit ke-34.
Than Paing (Mya)  - minit ke-86.

P/S: Keputusan akan dikemas kini dari masa kesemasa perlawanan berlangsung nanti. 

Acara bola sepak Sukan SEA pada 21 Ogos 2017 (Isnin) dalam kumpula A melibatkan Brunei vs Loas di Stadium UM Arena, Kuala Lumpur dan Malaysia vs Myanmar di Stadium Shah Alam bermula jam 8.45 malam.

Pada perlawanan sebelum ini Malaysia berjaya memungut 6 mata hasil dua kemenangan ketika Malaysia vs Brunei 2-1 dan Malaysia vs Singapura 2-1.

Malaysia berada di kedudukan kedua carta kerana Myanmar memungut 9 mata hasil tiga kemenangan.

Dapatkah Malaysia mematahkan keegoan Myanmar yang beraksi dengan cemerlang ketika membenam lawan masing-masing?

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan perlawanan yang hebat skuad B-22 Malaysia melawan B-22 Myanmar nanti.

Malaysis perlu menang untuk bekalan selesa ke peringkat separuh akhir.

Barisan pemain utama akan dipilih oleh pengendali Malaysia,  Datuk Ong Kim Swee pada hari perlawanan nanti.

Sudah pasti,  Ong Kim Swee akan menurunkan penyerang berbisa Malaysia Sapawi Rasid, Adam Nor Azlin atau Thanabalan.

Barisan pemain pertahanan juga tidak harus leka kerana kita tahu penyerang Myanmar serta penjaring berbisa mereka Aung Thu boleh membuat Malaysia tersungkur.

Jom kita bangkitlah semangat Malaysia.  Datanglah beramai-ramai ke Stadium Shah Alam untuk menyokong skuad Malaysia. Boleh juga saksikan menerusi  Live Streaming Malaysia vs Myanmar Sukan SEA 21 Ogos 2017 atau boleh menonton menerusi TV3 dan ASTRO Arena. 

Malaysia Boleh.....

17/08/17

Thanabalan Wira Skuad B-22 Malaysia

Thanabalan Wira Skuad B-22 Malaysia - Pemain gantian Skuad B-22 Malaysia,  N.Thanabalan menyelamatkan maruah skuad B-22 Malaysia apabila meledak gol ke-2 dalam minit ke-73 dalam masa kecederaan.


Thanabalan Wira Skuad B-22 Malaysia
Credit: Utusan Online


Thanabalan Wira Skuad B-22 Malaysia


Malaysia berjaya mengatasi Singapura dalam acara bola sepak lelaki Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) dalam kumpulan A malam tadi di Stadium Shah Alam, Selangor.

Penyerang daripada kelab Felcra FC itu menjaringkan gol kemenangan (2-1) pada minit ke-73, sekaligus menjadi wira Malaysia apabila menyelamatkan maruah bola sepak negara.

Pengendali Skuad B-22 Malaysia, Datuk Ong Kim Swee ternya gembira dengan kemenangan malam tadi dengan memunggut tiga mata berharga namun masih di bawah Skuad B-22 Myanmar kerana Myanmar juga menang mengatasi Loas 2-1 pada aksi petang semalam.

Pada perlawanan malam tadi, skuad Malaysia ketinggalan 0-1 apabila Singapura membuka jaringan pada minit ke-38 menerusi Nasruldin Nodin.

Walau bagaimanapun pemain Malaysia tidak mudah menyerah kalah,  apabila mereka terus mengasak pada separuh masa kedua apabila Nor Azam Azih menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-68.

Usaha mereka akhirnya berbaloi apabila Thanabalan menjadi wira B-22 Malaysia apabila melengkapkan kemenangan pada minit ke-73.

Skuad B-22 Malaysia menang malam tadi, namun belum cukup memintas Myanmar kerana mereka juga sama mata tetapi perbezaan jumlah bolos gol yang mengekalkan mereka di carta teratas.

Pada aksi pembukaan,  Skuad B-22 mengatasi Brunei dengan jumlah jaringan yang sama 2-1.

Tahniah...  Thanabalan dan juga pemain Malaysia.

Malaysia Boleh....

16/08/17

Live Streaming & Keputusan Terkini Malaysia vs Singapura Sukan SEA 2017

Live Streaming & Keputusan Terkini Malaysia vs Singapura Sukan SEA 2017 | Malam ini satu lagi perlawanan menarik melibatkan acara bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 diantara B-22 Malaysia menentang B-22 Singapura pada 16 Ogos 2017 bermula jam 8.45 malam di Stadium Shah Alam,  Selangor.


Live Streaming & Keputusan Terkini Malaysia vs Singapura Sukan SEA 2017
Sukan SEA 2017: Malaysia vs Singapura

Live Streaming & Keputusan Terkini Malaysia vs Singapura Sukan SEA 2017


Ikuti live streaming perlawanan menarik bola sepak lelaki diantara Malaysia vs Singapura malam ini pada jam 8.45 malam. Perlawanan ini akan dilangsungkan di Stadium Shah Alam, Selangor. Boleh juga ikuti melalui TV3 da ASTRO ARENA

Satu pertemuan yang menarik dan sengit bakal disajikan oleh kedua-dua pasukan.

Kita sedia maklum Singapura kalah 0-2 kepada Myanmar pada pertemuan pertama Sementara itu Malaysia vs Brunei pada 14 Ogos lepas dimenangi oleh Malaysia 2-1.


Live Streaming Malaysia vs Singapura


Live Streaming: Malaysia vs Singapura
Keputusan: Malaysia (2) vs (1) Singapura
Lokasi: Stadium Shah,  Alam, Selangor. 
Tarikh: 16 Ogos 2017
Masa: 8.45 malam
Penjaring Gol:
- Amiruldin Nodin (Sin)  - minit ke-38
- Nor Azam Azih (Mas)  - minit ke-68
- N. Thanabalan (Mas)  - minit ke-73
P/S: Keputusan akan dikemas-kini dari masa ke semasa.

Pasti Datuk Ong Kim Swee ada ramuan rahsia yang akan diterapkan pada aksi malam ini. Kita tahu Singapura perlu menang untuk mencerahkan peluang untuk ke peringkat separuh akhir dan Malaysia juga mengharapkan kemenangan sebagai bekalan selesa untuk aksi seterusnya menentang Loas dan Myanmar nanti. 

Pemain Malaysia harus bermain bermati-matian untuk menang dan tampil lebih agresif jika mahu mengatasi Singapura. 

Penyerang Malaysia seharusnya lebih tajam penyudahnya kerana ketika bertemu Brunei kita banyak mempersia-siakan peluang di depan pintu gol lawan. 

Sama-sama kita doakan agar pasukan Malaysia berjaya memperolehi tiga mata berharga. Sokonglah dengan sepenuhnya pasukan Malaysia yang kita sayangi.
"Malaysia Boleh".

14/08/17

Sukan SEA Kuala Lumpur 2017: Perlawanan Bola Sepak Malaysia vs Brunei

Sukan SEA Kuala Lumpur 2017: Perlawanan Bola Sepak Malaysia vs Brunei | Malam ini skuad bola sepak Bawah 22 (B-22) Malaysia akan turun gelanggang dalam aksi pembukaan peringkat Kumpulan A dengan menentang Skuad B-22 Brunei di Stadium Shah Alam, Selangor jam 8.45 malam.


Sukan SEA 2017: Malaysia vs Brunei

Sukan SEA Kuala Lumpur 2017: Perlawanan Bola Sepak Malaysia vs Brunei


Skuad B-22 kendalian Datuk Ong Kim Swee akan membuat perhintungan dengan B-22 Brunei pada aksi pembukaan peringkat kumpulan A bola sepak lelaki di Stadium Shah Alam,  Selangor pada jam 8.45 malam ini. 

Misi wajib menang untuk skuad bola sepak lelaki negara bagi memudahkan tugasan mereka merampas kejuaraan daripada Thailand,  pencabar terhebat selain Indonesia. 

Walaupun Malaysia menjadi tuan rumah untuk bola sepak Sukan SEA 2017, namun bukan jaminan untuk berasa selesa.  Memiliki kelebihan beraksi di gelanggang sendiri tetapi sikap terlalu yang akan membawa padah. 

Skuad Malaysia harus menghormati kemampuan pasukan lain ketana mereka ada kelebihan dan kekuatan masing-masing termasuk Brunei yang sedang meningkat naik kemampuan di bawah jurulatih dari Korea Selatan Kwon Oh Son. 

Perlawanan menentang Brunei bukan satu tugas yang mudah tetapi jika B-22 Malaysia mengikut taktikal dan arahan daripada jurulatih Malaysia,  tidak mustahil kita akan menang. 

Menang malam ini akan memberi kelebihan kepada skuad Malaysia untuk aksi kedua nanti. 

Kita Sebagai peminat setia pasti inginkan kemenangan.  Jangan lupa datang beramai-ramai ke Stadium Shah Alam untuk memberi sokongan.  Malaysia Boleh #KitaJuara #MalaysiaBoleh #SamaSamaKitaJuara

Selain Malaysia vs Brunei,  diundi dalam kumpulan A,  kita akan bertemu dengan Myannar,  Loas dan Singapura nanti untuk menentu siapa juara kumpulan?

Keputusan Terkini


Kumpulan A (14 Ogos 2017)

Malaysia ( 2 ) vs ( 1 ) Brunei
Live Streaming: Youtube Live
Lokasi Perlawanan: Stadium Shah Alam,  Selangor. 
Masa: 8.45 malam
Penjaring:
- Sapawi Rasid (Mas) - minit ke-3.
- Zulkhairy Rady (Bru)  - minit ke-11
- Adam Nor Azlin (Mas)  - minit ke-60

Keputusan: Akan update dari masa ke semasa keputusan terkini.

Boleh juga menonton melalui siaran langsung di TV3 atau ASTRO ARENA.



29/04/16

Keputusan Semasa Separuh Akhir Kedua Piala FA 2016

Keputusan Semasa Separuh Akhir Kedua Piala FA 2016 | Tugas getir menanti keempat-empat pasukan iaitu Johor Darul Ta'zim (JDT), Kedah, Perak dan PKNS FC. Pasukan manakah yang akan mengisi slot ke Final Piala FA 2016?



Keputusan Semasa Separuh Akhir Kedua Piala FA 2016
Keputusan Semasa Separuh Akhir Kedua Piala FA 2016

Keputusan Semasa Separuh Akhir Kedua Piala FA 2016

Pada separuh akhir pertama yang lepas, JDT kalah kepada kedah 1-2, manakala Perak dan PKNS FC seri 2-2. Tugas getir akan lebih dirasai oleh Kedah dan PKNS FC kerana mereka akan menjadi tetamu kepada JDT dan Perak.


Keputusan Semasa (Sabtu, 30 April 2016)

JDT ( 1 ) ( 3 ) vs ( 1 ) ( 2 ) Kedah
Masa: 9 malam
Tempat: Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor.
Agregat: JDT ( 3 ) vs ( 1 ) Kedah
Nota: JDT Layak Ke Final Piala FA 2016


Perak ( 2 ) ( 1 ) vs ( 2 ) ( 2 ) PKNS FC
Masa: 9 malam
Tempat: Stadium Perak, Ipoh, Perak.
Agregat: Perak ( 3 ) vs ( 4 ) PKNS FC
Nota: PKNS FC Layak Ke Final Piala FA

* JDT, PKNS FC Layak Ke Final Piala FA 2016 dan akan bermain pada 16 Mei 2016 di Stadium Shah, Alam, selangor.

Dapatkah Kedah mengatasi pasukan JDT di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor dan bagaimana keputusan diantara perak dan PKNS FC? Kita dapat saksikan pada 30 April 2016 ini (esok) jam 9 malam nanti.

Kelebihan bermain di gelanggang sendiri seperti JDT dan Perak mempunyai kelebihan tetapi bukan sesuatu tugas yang mudah.

Dikhabarkan Kedah kehilangan khidmat kapten mereka Khairul Helmi Johari yang mengalami kecederaan tulang belakang, manakala Liridon Krasniqi dan pemain muda, Amirul Hisyam Awang Kecik pula menerima dua kad kuning.

Ingin mengetahui Keputusan Semasa Separuh Akhir Kedua Piala FA 2016 bolehlah terus mengikuti di blog ini.

Selamat menonton dan semoga pasukan kesayangan anda mendapat keputusan yang membuat anda gembira.  Semoga berjaya buat pasukan kesayangan anda. Penuhi stadium untuk menyokong kepada pasukan anda nanti. Insha Allah.. 

24/04/16

Liga Super 2016: Kelantan Belum Cukup Gah

Liga Super 2016: Kelantan Belum Cukup Gah | Semua pasukan pasti membuat persiapan rapi bagi bersaing dalam sukan nombor satu di Malaysia, yakni Liga Super 2016. Apa yang pasti setiap pasukan akan mencari penaja untuk membantu setiap pasukan bagi meningkatkan kualiti dalam semua aspek pengurusan dan perjalanan perlawanan dalam persaingan merebut juara Liga Super 2016.

Liga Super 2016: Kelantan Belum Cukup Gah
The Red Warriors

Liga Super 2016: Kelantan Belum Cukup Gah

Sepanjang perlawanan Liga Super berlangsung, Kelantan atau The Red Warriors masih mencari kombinasi, formasi dan keserasian antara pemain tempatan dan import masih lagi tidak menepati kehendak pengurusan, jurulatih dan peminat setia TRW.


Liga Super 2016: Kelantan Belum Cukup Gah
Penaja Utama Pamoga Qu Puteh TRW 

Setelah sembilan perlawanan yang telah berlangsung Kelantan hanya menang 3 kali, seri 3 kali, kalah 3 kali, telah menjaringkan gol sebanyak 17 tetapi bolos yang agak besar dengan 15 gol. Ini satu pencapaian yang tidak memuaskan dan kedengaran ura-ura di kalangan peminat tegar TRW supaya ketua jurulatih Kelantan FA, K.Devan dipecat.


Liga Super 2016: Kelantan Belum Cukup Gah
Ketua Jurulatih Kelantan FA K.Devan

Walaupun Kelantan mendapat tajaan yang besar oleh (Datuk Seri Vida (Pamoga Qu Puteh) sebanyak RM 18 Juta tetapi masih lagi mencari rentak dalam persaingan Liga Super tahun ini.

Jika mengikut senarai pemain, Kelantan, tiada masalah dengan tonggak pemain tempatan dan pemain import. Diantara pemain tempatan yang hebat seperti Wan Zack Haikal, Khairul Fahmi, Piya, Kechik, Daudsu, Nor Farhan, Brandan Gan, Muslim Ahmad, Norhafiz Zamani Misbah, Indra Putra Mahayuddin dan 4 tongak import seperti bekas penjaring terbanyak PDRM, Dramane Traore, Jonathan McKain, Baze Ilijoski dan Jonatan Lucca. 

Senarai Pemain Kelantan 2016 The Red Warriors


Penjaga Gol :


Khairul Fahmi Che Mat
Mohd Ramadhan Abdul Hamid
Mohd Shahrizan Ismail 


Pertahanan:

Tuan Muhammad Faim
Mohd Daudsu Jamaluddin
Nik Shahrul Azim
Mohd Farisham Ismail
Muslim Ahmad
Norhafiz Zamani Misbah
Zairul Fitree Ishak
Mohd Zafran Akramin Abdul Razak


Tengah:


Wan Zack Haikal
Wan Zaharulnizam Zakaria
Faizal Abu Bakar
Brendan Gan
Mohd Badhri Mohd Radzi
Mohd Noor Hazrul Bin Mohd Mustafa
Indra Putra Mahayuddin
Faris Shah Rosli
Mohd Qayyum Marjoni Sabil
Muhd Shahrul Hakim Rahim
Muhd Amir Zikri Pauzi
Mohd Rozaimi Azwar

Penyerang:

Abdul Manaf Mamat
Nor Farhan Muhammad
Mohd Khairul Izuan Rosli
Fakhrul Zaman
Wan Abdullah Zawawi

Senarai Pemain Import Kelantan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors 2016

Nama, Posisi dan Negara Asal:

Jonathan McKain - Pertahanan - Australia
Jonatan Lucca - Tengah - Brazil
Dramane Traore - Penyerang - Mali
Baže Ilijoski - Penyerang - Macedonia