15/02/18

Mohammed Ghaddar Kembali Bersama Kelantan

Mohammed Ghaddar Kembali Bersama Kelantan apabila bekas penyerang berbisa Kelantan musim lalu dipertengahan musim dan kemudian menyarung jersi JDT untuk baki Liga Super Malaysia 2017.


Mohammed Ghaddar
Mohammed Ghaddar


Mohammed Ghaffar Kembali Bersama Kelantan


Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan memberitahu kepada pemberita, "Pemain yang sinonim dengan jersi nombor 22 itu akan dibawa masuk bagi mengantikan pemain pertahanan Nagaro Gomis yang mengalami kecederaan yang serius."

Penjaring terbanyak liga super 2017 itu akan tiba tidak lama lagi bagi memperkuatkan jentera serangan The Red Warriors (TRW) yang kian tersepit apabila diawal musim ini mereka kalah dua kali, seri sekali dalam tiga perlawanan setakat ini dan mengumpul hanya satu mata.

Kelantan kita sudah berjaya melengkapkan pendaftaran pemain ini sebelum ianya ditutup.

Kembalinya Mohammed Ghaffar kepakuan Kelantan mampu memberikan impak yang lebih positif buat pasukan TRW.

Mohammed Ghaffar sebelum ini melakar sejarah baharu dalam kancah Liga Super Malaysia apabila yuran perpundahannya ke Kelab Johor Darul Takzim (JDT) pada musim lepas mencecah RM1.2 juta.

Sepanjang mewakili Kelantan, beliau berjaya meledakkan 18 gol daripada 12 perlawanan.

Ghaffar bersetuju dengan tawaran yang ditetapkan oleh KAFA dan sudah menandatangani kontrak bersama TRW.

Ini kerana Ghaffar sudah bebas dan tidak terikat daripada mana-mana pasukan. Ia memudahkan pemain tersebut diserapkan ke pakuan Kelantan.

Diharap dengan kehadiran Mohammed Ghaffar Kembali Bersama Kelantan, bisa skuad Kelantan di bahagian penyerang akan berbisa.

Musim ini Kelantan dibarisi oleh lima tonggak import iaitu Gomis, Ferdinand Sinaga (Indonesia), Do Dong-hyun (Korea Selatan), Bruno Lopez dan Casio De Jesus (Brazil).

Adakah Kelantan kembali menyengat, sama-sama kita saksikannya?

0 ulasan:

Catat Komen