19/03/16

Sentuhan Penyudah Arsenal Tumpul

The Gunners gagal ke Liga Juara-Juara akibat Sentuhan Penyudah Arsenal Tumpul walaupun banyak peluang terhidang dipersia-siakan oleh pemain mereka terutamanya penyerang.



Sentuhan Penyudah Arsenal Tumpul
Arsenal

Sentuhan Penyudah Arsenal Tumpul

Danny Welbeck merupakan penyerang Arsenal, beliau menjelaskan bahawa barisan "The Gunners" telah banyak melepaskan peluang yang terhidang sehingga mereka tewas 1-3 dengan Barcelona. Kududukan selaku pencabar utama merebut kejuaraan bagi saingan Liga Perdana Englang (ERPL) musim 2016 ini terkubur dalam persaingan Liga Juara-Juara setelah kalah dengan agregat 1-5 ketika mereka bertemu di Nou Camp pada 17 Mac lepas.

Keputusan ini mengejutkan banyak pihak terutamanya peminat setia mereka di seluruh dunia. Namun bagi pengurus Arsenal Arsene Wenger, beliau mengharapkan keputusan positif dan terbaik pada perlawanan akan datang.

Ketika bertemu Barcelona, banyak peluang terhidang namun hanya mampu menyumat satu gol menerusi pemain tengah antarabangsa Mesir, Mohamed Elneny yang berjaya memperdayakan penjaga gol "The Catalans, Marc-Andreter Stegen.

Pada aksi pusingan pertama, Arsenal tewas 0-2 walaupun memberi tentangan yang hebat dan tektikal yang bagus tetapi pasukan lawan bijak mengambil kesempatan setiap peluang yang ada. Skuad "The Gunners" terpaksa pulang dengan hampa meskipun mempunyai lebih daripada 20 peluang mencipta gol namun barisan penyerang mereka banyak mempersia-siakan peluang tersebut sehingga ramai yang melabelkan "Sentuhan Penyudah Arsenal Tumpul" dan pastinya ia akan memeningkan pengurus mereka Arsene Wenger.

Arsenal yang kini berada di kedudukan ke-3 dalam saingan EPL akan menentang Everton di Goodison Park selepas ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan