Arsenal |
Sentuhan Penyudah Arsenal Tumpul
Ketika bertemu Barcelona, banyak peluang terhidang namun hanya mampu menyumat satu gol menerusi pemain tengah antarabangsa Mesir, Mohamed Elneny yang berjaya memperdayakan penjaga gol "The Catalans, Marc-Andreter Stegen.
Pada aksi pusingan pertama, Arsenal tewas 0-2 walaupun memberi tentangan yang hebat dan tektikal yang bagus tetapi pasukan lawan bijak mengambil kesempatan setiap peluang yang ada. Skuad "The Gunners" terpaksa pulang dengan hampa meskipun mempunyai lebih daripada 20 peluang mencipta gol namun barisan penyerang mereka banyak mempersia-siakan peluang tersebut sehingga ramai yang melabelkan "Sentuhan Penyudah Arsenal Tumpul" dan pastinya ia akan memeningkan pengurus mereka Arsene Wenger.