www.terjahbola.blogspot.my

Terjah bola merupakan blog berkaitan bola sepak, skil bola, teknik bola, strategi bola, taktikal bola, taktik bola, sepak bola, pemain bola, pasukan bola sepak, sepak bola dan apa saja berkaitan bola. Layari di www.terjahbola.blogspot.my

www.terjahbola.blogspot.my

Terjah bola merupakan blog berkaitan bola sepak, skil bola, teknik bola, strategi bola, taktikal bola, taktik bola, sepak bola, pemain bola, pasukan bola sepak, sepak bola dan apa saja berkaitan bola. Layari di www.terjahbola.blogspot.my

www.terjahbola.blogspot.my

Terjah bola merupakan blog berkaitan bola sepak, skil bola, teknik bola, strategi bola, taktikal bola, taktik bola, sepak bola, pemain bola, pasukan bola sepak, sepak bola dan apa saja berkaitan bola. Layari di www.terjahbola.blogspot.my

www.terjahbola.blogspot.my

Terjah bola merupakan blog berkaitan bola sepak, skil bola, teknik bola, strategi bola, taktikal bola, taktik bola, sepak bola, pemain bola, pasukan bola sepak, sepak bola dan apa saja berkaitan bola. Layari di www.terjahbola.blogspot.my

www.terjahbola.blogspot.my

Terjah bola merupakan blog berkaitan bola sepak, skil bola, teknik bola, strategi bola, taktikal bola, taktik bola, sepak bola, pemain bola, pasukan bola sepak, sepak bola dan apa saja berkaitan bola. Layari di www.terjahbola.blogspot.my

12/11/17

Kelayakan Piala Asia 2019 - Keputusan Korea Utara vs Malaysia

Kelayakan Piala Asia 2019 - Keputusan Korea Utara vs Malaysia. Skuad Harimau Malaya akan bertemu kembali dengan Korea Utara untuk aksi Kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium I-Mobile, Buriram, Thailand.


Kelayakan Piala Asia 2019 - Keputusan Korea Utara vs Malaysia
Kelayakan Piala Asia 2019 - Korea Utara vs Malaysia


Kelayakan Piala Asia 2019 - Keputusan Korea Utara vs Malaysia


13 November 2017 (Isnin)

Korea Utara ( 4 ) vs ( 1 ) Malaysia
Lokasi: Stadium I-Mobile, Buriram, Thailand
Masa: 8 malam
Penjaring gol:
- Kim Yu-Song (K.Utara) - minit ke-15, 20, 44.
- Pak Kwang Ryong (K.Utara) - minit ke-79.
- Safawi Rasid (MAS) - minit ke-85.

P/S - Keputusan akan dikemas kini sehingga perlawanan tamat.

Malaysia akan bermain sekali lagi pada 13 November 2017 untuk aksi timbul'balik kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium I-Mobile, Buriram, Thailand.



Peluang Malaysia untuk layak ke Piala Asia (AFC CUP 2019) semakin tertutup rapat dan perlu menang ke atas Korea Utara dan Lebonan.

Mengikut keadaan skuad Harimau Malaya ketika ini, peluang agar sukar namun begitu sisa-sisa perjuangan skuad negara belum berakhir.

Hanya keajaiban boleh menyelamatkan skuad bola sepak Malaysia. Korea Utara sudah pasti akan mempertahankan kelebihan mereka untuk bertemu Malaysia sekali lagi.

Korea Utara antara yang terkuat dalam kumpulan B selain Lebonan. Mereka memerlukan kemenangan untuk layak ke AFC Cup 2019 yang akan berlangsung di Emiriah Arab Bersatu.

Jangan lupa ikuti Kelayakan Piala Asia 2019 - Keputusan Korea Utara vs Malaysia untuk mengetahui keputusan terkini terus kepada anda. 

Moga ada tuah untuk Malaysia mengalahkan Korea Utara. 

10/11/17

Kelayakan Piala Asia 2019: Keputusan Malaysia vs Korea Utara

Kelayakan Piala Asia 2019: Keputusan Malaysia vs Korea Utara - Malam ini adalah penentu skuad bola sepak Malaysia untuk meraih kemenangan ke atas Korea Utara di Stadium I-Mobile, Buriram, Thailand bagi mencerahkan peluang ke pusingan akhir Piala Asia 2019 di Emiriyah Arab Bersatu.


Kelayakan Piala Asia 2019: Keputusan Malaysia vs Korea Utara
Kelayakan Piala Asia 2019 - Malaysia vs Korea Utara

Kelayakan Piala Asia 2019: Malaysia vs Korea Utara


Malaysia ( 1 ) vs ( 4 ) Korea Utara
Tarikh: 10 November 2017
Lokasi: Malaysia (Tuan Rumah)
Stadium I-Mobile, Buriram, Thailand.
Masa: 9 malam
Penjaring gol:
- Pak Kwang-ryong (K.Utara) - minit ke-12
- Kim Yu-song (K.Utara) - minit ke-42
- Kim Yong (K.Utara) - minit ke-48
- Jong Il-Gwang (K.Utara) - minit ke-59
- Safawi Rashid (MAS) - minit ke-63

P/S - Keputusan akan dikemas kini dari masa kesemasa sehingga pelawanan tamat.

Peluang Malaysia jika dikira atas kertas masih belum tertutup memandangkan masih ada satu slot untuk direbut bersama Korea Utara dan Hong Kong dengan syarat Malaysia wajib menang perlawanan ketika menentang Korea Utara malam ini.

Pasukan yang sudah mengesahkan satu lagi slot adalah Lebanon.


Peluang Malaysia Masih Terbuka

Ketua pengendali skuad bola sepak Malaysia Nelo Vingada menemui ramuan terbaik untuk meraih kemenangan ke atas Korea Utara jika anak buahnya mengikut setiap arahan yang diberikan dan bermain lebih daripada 100% semangat ingin menang.

Skuad Malaysia lebih jitu dengan kehadiran beberapa pemain Johor Darul Takzim yang sebelum ini tidak dapat mewakili seperti Afiq Fazail, Fadzly Mazlan, S.Kunanlan dan Azrif.

Walau bagaimanapun, pengendali Korea Utara Jorn Andersen bersifat merendah diri apabila ditanya tentang peluang Korea Utara malam ini.


Peluang Korea Utara


Jelas beliau, skuad Harimau Malaya memiliki kelebihan kerena tidak perlu menyesuaikan diri dengan cuaca tropika di Thailand disebabkan keadaan cuaca sama seperti di negara Malaysia.

Penjaga gol Malaysia, Hafizul Hakum Khairul sudah bersedia mengalas tugas berat utuk mempertahankan gawang gol agar tidak dibolosi.

Walaupun peluang untuk menang nampak sukar tetapi bukan mustahil utuk Harimau Malaya membenam skuad Korea Utara malam ini.

Jangan lupa ikuti Perlawanan Kelayakan Piala Asia 2019: Malaysia vs Korea Utara

Jom sama-sama kita beri sokongan kepada skuad bola sepak Malaysia beraksi dengan mendoakan kemenangan kepada skuad Harimau Malaya ketika beraksi menentang Korea Utara di Thailand malam ini.

Malaysia akan bertemu sekali lagi dengan Korea Utara pada 13 November 2017 di Stadium yang sama.

5/11/17

JDT Juara Piala Malaysia 2017

JDT Juara Piala Malaysia 2017 setelah menundukkan pasukan Kedah 2-0 di Stadium Shah Alam malam tadi.


JDT Juara Piala Malaysia 2017
JDT Juara Piala Malaysia 2017


JDT Juara Piala Malaysia 2017


JDT ( 2 ) vs ( 0 ) Kedah
Lokasi: Stadium Shah Alam
Masa: 9 malam
Jumlah Penonton: 80,000
Penjaring gol:
- Aidil Zafuan Razak  (JDT) - minit ke-2
- Gonzalo Cabrera (JDT) - minit ke-62

Musim gemilang buat pasukan Johor Darul Takzim (JDT) apabila berjaya merangkul trofi Piala Malaysia 2017 dengan penuh bergaya mengalahkan Kedah 2-0 di Stadium Shah Alam.

Bukan itu saja, JDT juga telah dinobat sebagai Juara Liga Super selama empat musim berturut-turut.

Separuh Masa Pertama


Pemain pertahanan JDT, Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak membuka tirai jaringan pada minit ke-2 hasil sepakan sudut ketua pasukan Safiq Rahim.

Skuad kendalian Ulisses Morais hampir menambahkan gol melalui Gabriel Guerra tetapi percubaan tepat beliau ditepis oleh penjaga gol Kedah Mohd Ifwat Akmal.

Keputusan kekal 1-0 untuk aksi separuh masa pertama walaupun Kedah berusaha keras untuk memburu gol penyamaan.

Separuh Masa Kedua


Bersambung separuh masa kedua, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan. 

Pasukan bimbingan Mohd Nidzam Adzha Yusoff hampir berjaya memperolehi gol penyamaan oleh ketua pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar namun terkena palang gol yang sedikit terkena tangan penjaga gawang JDT Idzham Tarmizi pada minit ke-55.

Skuad Kedah yang tertekan dengan ketinggalan satu gol terus bernasib malang apabila JDT menambah lagi satu gol.

Gonzalo Cabrera menambah duka pasukan Kedah apabila meledak gol kedua pasukannya pada minit ke-62 yang bijak dihantar oleh Hazwan Bakri.

Keputusan kekal 2-0 sehingga tamat perlawanan. 

Tahun 2017 merupakan tahun gemilang buat pasukan selatan tanahair yang muncul sebagai  JDT Juara Piala Malaysia 2017 dengan merangkul tropi kemegahan.

Hari ini hari Ahad, Johor diistihar sebagai cuti khas peristiwa oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani sebagai menjunjung titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang diumumkan lebih awal sebelum Final Piala Malaysia 2017 JDT vs Kedah.

Tahniah untuk pasukan JDT...

3/11/17

Final Piala Malaysia JDT vs Kedah 4 November 2017

Final Piala Malaysia JDT vs Kedah 4 November 2017 di Stadium Shah Alam bermula jam 9 malam. Satu perlawanan akhir yang dinanti-nantikan oleh peminat di seluruh Malaysia.


Final Piala Malaysia JDT vs Kedah 4 November 2017
Final Piala Malaysia JDT vs Kedah

Final Piala Malaysia JDT vs Kedah 4 November 2017


JDT ( 2 ) vs ( 0 ) Kedah
Lokasi: Stadium Shah Alam, Selangor.
Masa: 9 malam
Penjaring Gol:
- Aidil Zafuan Razak (JDT) - minit ke-2
- Gonzalo Cabrera (JDT) - minit ke-62

P/S - Keputusan akan dikemas kini dari masa kesemasa hingga tamat perlawanan.

Malam 4 November merupakan aksi Final Piala Malaysia 2017 diantara JDT bertemu Kedah.

Kedah merupakan penyandang juara Piala Malaysia 2016 akan beraksi menentang Juara Liga Super 2017.

Perlawanan final Piala Malaysia 2017 pasti perlawanan yang menarik dan penuh mendebarkan.

Sudah pasti pemain import kedua-dua pasukan akan menjadi sandara untuk mencapai kemenangan dan kejuaraan Piala Malaysia pada tahun ini.


JDT Idam Piala Malaysia 2017


JDT ditabal sebagai juara Liga Super tiga kali berturut-turut semenjak tahun 2015. Mereka (JDT) belum pernah menjuarai Piala Malaysia. oleh itu JDT mengharapkan tahun 2017 ada sejarah buat pasukan mereka.

JDT memiliki penyerang berbisa seperti Muhammad Ghaddar, Safiq Rahim, Gabriel Guerra dan Gonzalo Cabrera adalah watak utama untuk mendapatkan gol kemenangan. 

Memiliki kualiti tersendiri dan berbisa bila di depan gol pihak lawan.


Kedah Pertahankan Piala Malaysia


Sementara itu Kedah akan memastikan Piala Malaysia terus kekal di bumi Kedah lagi.

Kedah mengharapkan penyerang hebat mereka seperti Ken Ilso Larsen, Krasniqi, Badrol Bakhtiar dan Sandro Da Silva untuk merobek jaring gol lawan mereka JDT.

Pasukan manakah akan menjuarai Final Piala Malaysia JDT vs Kedah 4 November 2017 dapat peminat Malaysia saksikan dalam aksi Piala Malaysia edisi 2017 di StadiumvShah Alsm atau menerusi kaca TV anda, yakni TV3.

Selamat berjuang buat semua pemain kedua-dua pasukan JDT dan Kedah.