www.terjahbola.blogspot.my

Terjah bola merupakan blog berkaitan bola sepak, skil bola, teknik bola, strategi bola, taktikal bola, taktik bola, sepak bola, pemain bola, pasukan bola sepak, sepak bola dan apa saja berkaitan bola. Layari di www.terjahbola.blogspot.my

www.terjahbola.blogspot.my

Terjah bola merupakan blog berkaitan bola sepak, skil bola, teknik bola, strategi bola, taktikal bola, taktik bola, sepak bola, pemain bola, pasukan bola sepak, sepak bola dan apa saja berkaitan bola. Layari di www.terjahbola.blogspot.my

www.terjahbola.blogspot.my

Terjah bola merupakan blog berkaitan bola sepak, skil bola, teknik bola, strategi bola, taktikal bola, taktik bola, sepak bola, pemain bola, pasukan bola sepak, sepak bola dan apa saja berkaitan bola. Layari di www.terjahbola.blogspot.my

www.terjahbola.blogspot.my

Terjah bola merupakan blog berkaitan bola sepak, skil bola, teknik bola, strategi bola, taktikal bola, taktik bola, sepak bola, pemain bola, pasukan bola sepak, sepak bola dan apa saja berkaitan bola. Layari di www.terjahbola.blogspot.my

www.terjahbola.blogspot.my

Terjah bola merupakan blog berkaitan bola sepak, skil bola, teknik bola, strategi bola, taktikal bola, taktik bola, sepak bola, pemain bola, pasukan bola sepak, sepak bola dan apa saja berkaitan bola. Layari di www.terjahbola.blogspot.my

30/08/17

Malaysia Gagal Buru Ibu Pingat Emas

Malaysia Gagal Buru Ibu Pingat Emas setelah kalah kepada Thailand 0-1 dalam perlawanan akhir acara bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Stadium Shah Alam.


Malaysia Gagal Buru Ibu Pingat Emas
Final Malaysia vs Thailand Sukan SEA 2017

Malaysia Gagal Buru Ibu Pingat Emas


Hasrat Malaysia untuk menggenggam ibu segala pingat emas terlerai apabila kalah kepada juara bertahan Thailand 0-1 malam tadi di Stadium Shah Alam dalam acara bola sepak lelaki Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Walaupun pasukan bimbingan Datuk Ong Kim Swee menguasai perlawanan dan mempamirkan semangat juang yang tinggi,  namun belum cukup untuk menewaskan skuad Gajah Perang.

Gol tunggal Thailand diperolehi menerusi kesilapan penjaga gol Malaysia pada minit ke-28 apabila bola tumbukannya termasuk ke gawang sendiri.

Gol ini hasil sepakan sudut yang ditendang oleh Sasalak Haiprakhon ke pintu gawang pasukan Malaysia.

Kejayaan ini menyaksikan Thailand dapat mempertahankan pingat emas tiga kali berturut-turut bermula 2013.

Malaysia kempunan pingat emas acara bola sepak sukan SEA Kuala Lumpur 2017.


28/08/17

Live Streaming Final Malaysia vs Thailand Sukan SEA 29.8.17

Live Streaming Final Malaysia vs Thailand Sukan SEA 29.8.17 | Saksikan secara live streaming atau secara langsung perlawanan akhir diantara Malaysia bertemu Thailand di Stadium Shah Alam pada 29 Ogos 2017.


Live Streamung Malaysia vs Thailand Sukan SEA 29.8.17
Final Sukan SEA: Malaysia vs Thailand

Live Streaming Malaysia vs Thailand


29 Ogos 2017

Keputusan Terkini
Malaysia ( 0 ) vs ( 1 ) Thailand
Live Streaming: Youtube Live, TVi, TV Sukan,  TV Live.
Lokasi: Stadium Shah Alam
Masa: 8.45 malam
Penjaring Gol:
Muhammad Haziq Nadzli  (MAL) - Gol Sendiri - minit ke-42.
P/S: Keputusan akan dikemas kini sehingga perlawanan tamat.

Malaysia layak ke final mengalahkan Indonesia 1-0 dan bertemu dengan Thailand yang menyikirkan Myanmar 1-0 di peringkat separuh akhir pada 26 Ogos yang lepas.

Stadium Shah Alam dipilih sebagai pentas final antara Malaysia dan Thailand,  di mana sebelum ini kita dimaklumkan bahawa pertukaran dari Stadium Nasional Bukit Jalil ke Stadium Shah Alam oleh FAM semalam.

Di mana sekali pun final dimainkan, para pemain B-22 harus bermain bermati-matian demi maruah negara.

Pingat emas dalam acara bola sepak lelaki adalah ibu segala pingat.

Ayuh Malaysia,  bangkit semangat semua pemain,  inilah masanya untuk tunjukkan kita adalah gergasi Asia Tenggara dalam bola sepak di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017,  sebagai tuan rumah tahun ini.

Dapatkah Malaysia menjuarai bola sepak di Sukan SEA kali ini?

Bagi lebih gempak,  bolehlah ke Stadium Shsh Alam pada 29 Ogos 2017, jam 8.45 malam.

Senarai Negara Juara Sukan SEA B-23 

> 2001 - Thailand vs Malaysia (1-0)
> 2003 - Thailand vs Vietnam (2-1)
> 2005 - Thailand vs Vietnam (2-1)
> 2007 - Thailand vs Myanmat (2-0)
> 2009 - Malaysia vs Vietnam (1-0)
> 2011 - Malaysia vs Indonesia ( 1-1), penalti (5-4)
> 2013 - Thailand vs Indonesia (1-0)
> 2015 - Thailand vs Myanmar (3-0)
> 2017 - Malaysia vs Thailand (?-?)

Kali terakhir Malaysia menang semenjak format bawah 23 tahun (B-23) diperkanalkan bermula tahun 2001.

Malaysia menjadi juara sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2009 dan 2011 dan naib juara sekali iaitu pada tahun 2001.

Negara lain sekadar naib juara seperti Indonesia,  Vietnam dan Myanmar.

Kebanyakan juara dimonopoli oleh Thailand. Thailand menang sebanyak enam kali iaitu pada tahun 2003, 2005, 2007, 2013 dan 2015.

Kita sama-sama doakan agar pasukan kita Malaysia, menjuarai Sukan SEA 2017. Insya Allah....

Jika tak kesempatan boleh saja tengok melalui Live Streaming Funal Malaysis vs Thailand Sukan SEA 29.8.17.


Sukan SEA 2017: Malaysia Ke Final Bertemu Thailand

Sukan Sea 2017: Malaysia Ke Final Bertemu Thailand pada 29 Ogos nanti di Stadium Shah Alam,  Selangor. Malaysia menang mengalahkan Indonesia 1-0 malam tadi dengan aksi penuh dramatik.


Sukan SEA 2017 - Malaysia Ke Final Bertemu Thailand
Malaysia Ke Final Bertemu Thailand

Malaysia Ke Final Bertemu Thailand

Skuad Bola Sepak Lelaki Sukan SEA Kuala Lumpur menempah slot ke final, apabila berjaya membenam keegoan Indonesia 1-0 pada aksi separuh akhir di Stadium Shah Alam. 

Dalam aksi separuh masa pertama lagi,  Malaysia terus mengasak dengan serangan bertali arus namun buntu memperolehi gol. 

Walaupun skuad negara cuba memperolehi gol awal sebagai membangkitkan semangat,  namun tidak juga dapat menembusi pintu gawang gol Indonesia yang dikawal ketat oleh pertahanan Indonesia dan kecekapan penjaga gol mereka, Satria Tama Hardiyanto. 

Skuad pengendali Ong Kim Swee memiliki banyak peluang memperolehi gol, terutama sekali menerusi percubaan tepat Safawi Rasid pada minit ke-5, namun gagal.

Sesekali skuad Indonesia melakukan serangan balas,  namun tidak berjaya, mudah dipatahkan oleh pertahanan Malaysia dan kecekapan Muhammad Haziq Nadzli mempertahankan pintu gol daripada dibolosi. 

Keputusan 0-0 kekal hingga wisel separuh masa pertama ditiupkan. 

Bersambung separuh masa kedua, kedu-dua pasukan masih buntu memburu gol pertama perlawanan. 

Pada minit-minit terakhir perlawanan,  yakni pada minit ke-87 barulah gol pertama dapat diperolehi oleh Malaysia hasil tendangan sudut, apabila Thanabalan sekali lagi menjadi wira sehingga berjaya menanduk tepat ke gawang gol Indonesia. 

Keputusan kekal 1-0 hingga ke wisel penamat.  Malaysia akan bertemu Thailand  di final pada 29 Ogos nanti di Stadium Shah Alam yang dikhabarkan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai vanue final ditukarkan oleh FAM. 

Dapatkah Malaysia berjaya memburu raja segala pingat di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, sama-sama kita saksikan pada Selasa ini 29 Ogos 2017?

25/08/17

Live Streaming Malaysia vs Indonesia Separuh Akhir Sukan SEA 2017

Live Streaming Malaysia vs Indonesia Separuh Akhir Sukan SEA 2017 - Skuad Projek Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 B23 (KL2017) akan bertemu dengan Indonesia dalam perlawanan bola sepak lelaki Sukan SEA 2017 di Stadium Shah Alam pada 26 Ogos 2017 bermula jam 8.45 malam.



Live Streaming Malaysia vs Indonesia Sukan SEA 2017
Malaysia vs Indonesia Separuh Akhir Sukan SEA 2017


Live Streaming Malaysia vs Indonesia Separuh Akhir Sukan SEA 2017


Keputusan Terkini


Live Streaming: TV2 Live
Malaysia ( 1 ) vs ( 0 ) Indonesia
Lokasi: Stadium Shah Alam
Tarikh: 26 Ogos 2017
Masa: 8.45 malam
Penjaring Gol:
Thanabalan (MAS)  - minit ke-87

P/S: Keputusan akan dikemas kini dari masa ke semasa sehingga tamat perlawanan. 

Malaysia akan bertemu Indonesia dan Thailand bertemu Myanmar pada peringkat separuh akhir Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Pasukan yang layak keperingkat separuh akhir adalah Malaysia, Indonesia, Thailand dan Myanmar.

Kesemua empat pasukan telah menyingkir lawan masing-masing diperingkat kumpulan, juara kumpulan A bertemu naib juara kumpulan B dan Juara kumpulan B menentang naib juara kumpulan A.


Indonesia Mahu Balas Dendam

Pengendali Skuad Projek Sukan SEA Kula Lumpur 2017 (KL2017)., Datuk Ong Kim Swee pasti ada ramuan istimewa untuk menewaskan Indonesia pada 26 Ogos nanti.

Beliau mengakui kekuatan Indonesia semakin ketara akhir-akhir ini. Skuad Indonesia tidak sama ketika di kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bawah 23 tahun (B23) di Bangkok, Thailand. Mereka sudah pasti mahu balas dendam apabila diaibkan oleh Malaysia 3-0.

Indonesia layak ke separuh akhir sebagai wakil naib juara kumpulan B,  menyingkirkan Kemboja 2-0 semalam di Stadium Shah Alam. 

Ini bermakna kita tidak boleh leka dengan kejayaan ketika menang di piala AFC,  jika dibiarkan ia akan memusnahkan skuad Malaysia untuk layak ke Final Sukan SEA 2017.

Aksi final bola sepak lelaki Sukan SEA di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 29 Ogos nanti.  Jika Malaysia menang,  mereka akan bertemu Thailand yang telah berjaya menyingkirkan Myanmar 1-0 pada peringkat separuh akhir pertama petang tadi. 

Jangan lupa ikuti Live Streaming Malaysia vs Indonesia Sukan SEA 2017 di Stadium Shah Alam pada 26 Ogos 2017 (esok). 

Jom mari kita sokong pasukan bola sepak lelaki kita. 

#MalaysiaBoleh
#BangkitSemangat
#BangkitBersama
#PingatEmas 
#KitaJuara
#HarimaMalaya



23/08/17

Live Streaming Malaysia vs Laos Sukan SEA 2017

Live Streaming Malaysia vs Laos Sukan SEA 2017 |Pada 23 Ogos 2017, Malaysia bertemu Laos di Stadium Shah Alam bermula jam 8.45 malam untuk aksi terakhir kumpulan A.


Luve Streaming Malaysia vs Laos Suksn SEA 2017
Malaysia vs Laos Sukan SEA 2017

Live Streaming Malaysia vs Laos Sukan SEA 2017


Keputusan Terkini:

Tarikh: 23 Ogos 2017
Live Streaming: TVi Malaysia
Malaysis ( 3 ) vs ( 1 ) Laos
Lokasi: Stadium Shah Alam
Masa: 8.45 malam
Penjaring Gol:
Jafri Firdaus Chew (Mal) - minit ke -26, 91
Phantanvong (Laos) - minit ke - 32
Adib Zainuddin (Mal) - minit ke- 40


Boleh juga ikuti melalui TVi dan ASTRO ARENA atau penyiaran lain yang terpilih.

P/S: Keputusan terkini akan dikemas kini dari masa ke semasa terus kepada anda. 

Mampukah Skuad B-22 Malaysia kendali oleh Datuk Ong Kim Swee mengekalkan rekod tanpa kalah?

Malaysia sebelum ini menang bergaya mengalahkan Brunei (2-1), mengatasi Singapura (2-1) dan membenamkan Myanmar dengan keputusan 3-1.

Di atas kertas,  Malaysia tidak ada masalah untuk menang ke atas Loas. Walau bagaimanapun,  Malaysia harus berwaspada dengan Loas.

Skuad B-22 Laos pasti ingin mencatatkan kemenangan ke atas Malaysia bagi mengelakkan mereka daripada kalah kesemua pelawanan.

Sudah semestinya,  Malaysia ingin melakarkan kemenangan untuk kekal rekod tanpa kalah di Sukan SEA Kuala Lumpur kali ke-29 tahun ini.

Jika skuad B-22 Malaysia menang bertemu Loas, mereka akan bertemu di peringkat separuh akhir dengan Thailand atau Vietnam pada 26 Ogos nanti.

Jom ramai-ramai menyaksikan Live Streaming Malaysia vs Loas Sukan SEA 2017 di Stadium Shah Alam.

Jika tidak berkesempatan,  boleh juga tonton di kaca TV anda, antaranya  TV3, TV9 atau ASTRO ARENA.

#MalaysiaBoleh.... #BangkitBersama...
#SukanSEA2017
#KL2017

20/08/17

Live Streaming Malaysia vs Myanmar Sukan Sea 21 Ogos 2017

Live Streaming Malaysia vs Myanmar Sukan Sea 21 Ogos 2017 |Acara bola sepak lelaki Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 bersambung kembali melibatkan Malaysia menentang Myanmar pada 21 Ogos 2017 di Stadium Shah Alam bermula jam 8.45 malam.


Live Streaming Malaysia vs Myanmar Sukan SEA 21 Ogos 2017
Sukan SEA 2017 - Malaysia vs Myanmar

Live Streaming Malaysia vs Myanmar Sukan SEA


Keputusan Terkini

Tarikh: 21 Ogos 2017
Live Streaming: Youtube Live
Malaysia ( 3 ) vs ( 1 ) Myanmar
Lokasi: Stadium Shah Alam.
Masa: 8.45 malam
Penjaring Gol:
Thanabalan (Mas)  - minit ke-32, 82.
Safawi Rasid (Mas)  - minit ke-34.
Than Paing (Mya)  - minit ke-86.

P/S: Keputusan akan dikemas kini dari masa kesemasa perlawanan berlangsung nanti. 

Acara bola sepak Sukan SEA pada 21 Ogos 2017 (Isnin) dalam kumpula A melibatkan Brunei vs Loas di Stadium UM Arena, Kuala Lumpur dan Malaysia vs Myanmar di Stadium Shah Alam bermula jam 8.45 malam.

Pada perlawanan sebelum ini Malaysia berjaya memungut 6 mata hasil dua kemenangan ketika Malaysia vs Brunei 2-1 dan Malaysia vs Singapura 2-1.

Malaysia berada di kedudukan kedua carta kerana Myanmar memungut 9 mata hasil tiga kemenangan.

Dapatkah Malaysia mematahkan keegoan Myanmar yang beraksi dengan cemerlang ketika membenam lawan masing-masing?

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan perlawanan yang hebat skuad B-22 Malaysia melawan B-22 Myanmar nanti.

Malaysis perlu menang untuk bekalan selesa ke peringkat separuh akhir.

Barisan pemain utama akan dipilih oleh pengendali Malaysia,  Datuk Ong Kim Swee pada hari perlawanan nanti.

Sudah pasti,  Ong Kim Swee akan menurunkan penyerang berbisa Malaysia Sapawi Rasid, Adam Nor Azlin atau Thanabalan.

Barisan pemain pertahanan juga tidak harus leka kerana kita tahu penyerang Myanmar serta penjaring berbisa mereka Aung Thu boleh membuat Malaysia tersungkur.

Jom kita bangkitlah semangat Malaysia.  Datanglah beramai-ramai ke Stadium Shah Alam untuk menyokong skuad Malaysia. Boleh juga saksikan menerusi  Live Streaming Malaysia vs Myanmar Sukan SEA 21 Ogos 2017 atau boleh menonton menerusi TV3 dan ASTRO Arena. 

Malaysia Boleh.....

17/08/17

Thanabalan Wira Skuad B-22 Malaysia

Thanabalan Wira Skuad B-22 Malaysia - Pemain gantian Skuad B-22 Malaysia,  N.Thanabalan menyelamatkan maruah skuad B-22 Malaysia apabila meledak gol ke-2 dalam minit ke-73 dalam masa kecederaan.


Thanabalan Wira Skuad B-22 Malaysia
Credit: Utusan Online


Thanabalan Wira Skuad B-22 Malaysia


Malaysia berjaya mengatasi Singapura dalam acara bola sepak lelaki Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) dalam kumpulan A malam tadi di Stadium Shah Alam, Selangor.

Penyerang daripada kelab Felcra FC itu menjaringkan gol kemenangan (2-1) pada minit ke-73, sekaligus menjadi wira Malaysia apabila menyelamatkan maruah bola sepak negara.

Pengendali Skuad B-22 Malaysia, Datuk Ong Kim Swee ternya gembira dengan kemenangan malam tadi dengan memunggut tiga mata berharga namun masih di bawah Skuad B-22 Myanmar kerana Myanmar juga menang mengatasi Loas 2-1 pada aksi petang semalam.

Pada perlawanan malam tadi, skuad Malaysia ketinggalan 0-1 apabila Singapura membuka jaringan pada minit ke-38 menerusi Nasruldin Nodin.

Walau bagaimanapun pemain Malaysia tidak mudah menyerah kalah,  apabila mereka terus mengasak pada separuh masa kedua apabila Nor Azam Azih menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-68.

Usaha mereka akhirnya berbaloi apabila Thanabalan menjadi wira B-22 Malaysia apabila melengkapkan kemenangan pada minit ke-73.

Skuad B-22 Malaysia menang malam tadi, namun belum cukup memintas Myanmar kerana mereka juga sama mata tetapi perbezaan jumlah bolos gol yang mengekalkan mereka di carta teratas.

Pada aksi pembukaan,  Skuad B-22 mengatasi Brunei dengan jumlah jaringan yang sama 2-1.

Tahniah...  Thanabalan dan juga pemain Malaysia.

Malaysia Boleh....

16/08/17

Live Streaming & Keputusan Terkini Malaysia vs Singapura Sukan SEA 2017

Live Streaming & Keputusan Terkini Malaysia vs Singapura Sukan SEA 2017 | Malam ini satu lagi perlawanan menarik melibatkan acara bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 diantara B-22 Malaysia menentang B-22 Singapura pada 16 Ogos 2017 bermula jam 8.45 malam di Stadium Shah Alam,  Selangor.


Live Streaming & Keputusan Terkini Malaysia vs Singapura Sukan SEA 2017
Sukan SEA 2017: Malaysia vs Singapura

Live Streaming & Keputusan Terkini Malaysia vs Singapura Sukan SEA 2017


Ikuti live streaming perlawanan menarik bola sepak lelaki diantara Malaysia vs Singapura malam ini pada jam 8.45 malam. Perlawanan ini akan dilangsungkan di Stadium Shah Alam, Selangor. Boleh juga ikuti melalui TV3 da ASTRO ARENA

Satu pertemuan yang menarik dan sengit bakal disajikan oleh kedua-dua pasukan.

Kita sedia maklum Singapura kalah 0-2 kepada Myanmar pada pertemuan pertama Sementara itu Malaysia vs Brunei pada 14 Ogos lepas dimenangi oleh Malaysia 2-1.


Live Streaming Malaysia vs Singapura


Live Streaming: Malaysia vs Singapura
Keputusan: Malaysia (2) vs (1) Singapura
Lokasi: Stadium Shah,  Alam, Selangor. 
Tarikh: 16 Ogos 2017
Masa: 8.45 malam
Penjaring Gol:
- Amiruldin Nodin (Sin)  - minit ke-38
- Nor Azam Azih (Mas)  - minit ke-68
- N. Thanabalan (Mas)  - minit ke-73
P/S: Keputusan akan dikemas-kini dari masa ke semasa.

Pasti Datuk Ong Kim Swee ada ramuan rahsia yang akan diterapkan pada aksi malam ini. Kita tahu Singapura perlu menang untuk mencerahkan peluang untuk ke peringkat separuh akhir dan Malaysia juga mengharapkan kemenangan sebagai bekalan selesa untuk aksi seterusnya menentang Loas dan Myanmar nanti. 

Pemain Malaysia harus bermain bermati-matian untuk menang dan tampil lebih agresif jika mahu mengatasi Singapura. 

Penyerang Malaysia seharusnya lebih tajam penyudahnya kerana ketika bertemu Brunei kita banyak mempersia-siakan peluang di depan pintu gol lawan. 

Sama-sama kita doakan agar pasukan Malaysia berjaya memperolehi tiga mata berharga. Sokonglah dengan sepenuhnya pasukan Malaysia yang kita sayangi.
"Malaysia Boleh".

14/08/17

Sukan SEA Kuala Lumpur 2017: Perlawanan Bola Sepak Malaysia vs Brunei

Sukan SEA Kuala Lumpur 2017: Perlawanan Bola Sepak Malaysia vs Brunei | Malam ini skuad bola sepak Bawah 22 (B-22) Malaysia akan turun gelanggang dalam aksi pembukaan peringkat Kumpulan A dengan menentang Skuad B-22 Brunei di Stadium Shah Alam, Selangor jam 8.45 malam.


Sukan SEA 2017: Malaysia vs Brunei

Sukan SEA Kuala Lumpur 2017: Perlawanan Bola Sepak Malaysia vs Brunei


Skuad B-22 kendalian Datuk Ong Kim Swee akan membuat perhintungan dengan B-22 Brunei pada aksi pembukaan peringkat kumpulan A bola sepak lelaki di Stadium Shah Alam,  Selangor pada jam 8.45 malam ini. 

Misi wajib menang untuk skuad bola sepak lelaki negara bagi memudahkan tugasan mereka merampas kejuaraan daripada Thailand,  pencabar terhebat selain Indonesia. 

Walaupun Malaysia menjadi tuan rumah untuk bola sepak Sukan SEA 2017, namun bukan jaminan untuk berasa selesa.  Memiliki kelebihan beraksi di gelanggang sendiri tetapi sikap terlalu yang akan membawa padah. 

Skuad Malaysia harus menghormati kemampuan pasukan lain ketana mereka ada kelebihan dan kekuatan masing-masing termasuk Brunei yang sedang meningkat naik kemampuan di bawah jurulatih dari Korea Selatan Kwon Oh Son. 

Perlawanan menentang Brunei bukan satu tugas yang mudah tetapi jika B-22 Malaysia mengikut taktikal dan arahan daripada jurulatih Malaysia,  tidak mustahil kita akan menang. 

Menang malam ini akan memberi kelebihan kepada skuad Malaysia untuk aksi kedua nanti. 

Kita Sebagai peminat setia pasti inginkan kemenangan.  Jangan lupa datang beramai-ramai ke Stadium Shah Alam untuk memberi sokongan.  Malaysia Boleh #KitaJuara #MalaysiaBoleh #SamaSamaKitaJuara

Selain Malaysia vs Brunei,  diundi dalam kumpulan A,  kita akan bertemu dengan Myannar,  Loas dan Singapura nanti untuk menentu siapa juara kumpulan?

Keputusan Terkini


Kumpulan A (14 Ogos 2017)

Malaysia ( 2 ) vs ( 1 ) Brunei
Live Streaming: Youtube Live
Lokasi Perlawanan: Stadium Shah Alam,  Selangor. 
Masa: 8.45 malam
Penjaring:
- Sapawi Rasid (Mas) - minit ke-3.
- Zulkhairy Rady (Bru)  - minit ke-11
- Adam Nor Azlin (Mas)  - minit ke-60

Keputusan: Akan update dari masa ke semasa keputusan terkini.

Boleh juga menonton melalui siaran langsung di TV3 atau ASTRO ARENA.